fbpx
Now Reading
Tular Pengusaha Kantin Sekolah Tak Puas Hati, Guru Jual Makanan Pada Murid [Video]

Tular Pengusaha Kantin Sekolah Tak Puas Hati, Guru Jual Makanan Pada Murid [Video]

Pengusaha kantin terbabit turut mempersoal sama ada beberapa murid yang menjadi penjual telah mendapatkan suntikan typhoid untuk mengendalikan makananan dan minuman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi suatu kewajipan bagi setiap sekolah di Malaysia bahkan negara lain juga untuk menyediakan kantin di dalam pusat pengajian itu.

Tujuan utama kantin disediakan adalah untuk menyediakan dan menjual makanan-makanan yang bernutrisi tinggi lagi berkhasiat kepada para pelajar dan guru.

Pun begitu, ada pula segelintir guru yang mengambil inisiatif menjual makanan dan minuman kepada murid-muridnya seperti di koperasi.

Pengusaha kantin tegur guru jual makanan dan minuman pada murid di sekolah

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita dipercayai pengusaha kantin di sebuah sekolah rendah telah menegur seorang guru yang didapati menjual makanan dan minuman kepada murid-muridnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kim_selat, wanita terbabit seakan mendakwa guru berkenaan sering menjual makanan dan minuman kepada para pelajar di dalam sekolah berkenaan.

Murid jadi penjual makanan, ada suntikan typhoid?

Malah, dia turut mempersoal sama ada beberapa murid yang menjadi penjual telah mendapatkan suntikan typhoid untuk mengendalikan makananan dan minuman.

“Tak boleh jual benda-benda ini (makanan dan minuman), hari-hari cikgu, hari-hari saya datang tengok (cikgu berniaga),” kata wanita terbabit.

Berdasarkan video terbabit, kelihatan guru berkenaan menjual pelbagai jenis makanan seperti spaghetti aglio olio, bihun goreng, begedil, nasi impit rendang, nasi ayam, nasi lemak, keropok dan pelbagai lagi pada harga yang murah.

“Pelik betul lah, pihak sekolah dan pengetua tak ambil tahu ke tentang masalah ini, mana boleh cikgu-cikgu berniaga dekat sekolah, kan dah ada kantin.

“Banyak pulak itu jual barangan makanan dan minuman, apa guna ada kantin, kalau cikgu pula nak berniaga? Baik tak payah buka kantin,” tulis di ruangan kapsyen.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

Guru sekolah tak boleh jalankan perniagaan dalam waktu persekolahan

Pada 2020 lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock yang menyandang jawatan pada ketika itu berkata, guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan.

Katanya yang dipetik Berita Harian, perbuatan menjual makanan untuk dibekalkan kepada murid tidak sepatutnya berlaku dan perlu ditangani kerana ia bukan kerja hakiki seorang guru.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dinyatakan dalam Peraturan 5: Pekerjaan Luar, Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan dengan syarat, ia tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa dikehendaki menjalankan tugas rasminya, tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai penjawat awam serta tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.