fbpx
Now Reading
Ada Individu Mahu Jual Buah Pinggang Di Media Sosial Kerana Masalah Kewangan & Hutang

Ada Individu Mahu Jual Buah Pinggang Di Media Sosial Kerana Masalah Kewangan & Hutang

Menurut Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan Pusat Sumber Transplan Nasional, harga buah pinggang boleh mencecah ratusan ribu ringgit di pasaran gelap ekoran permintaannya yang tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan, kos sara hidup pada masa kini sememangnya memberi kesan kepada kebanyakan individu.

Oleh sebab itu, ada di antara mereka yang sanggup melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa bagi menampung perbelanjaan harian dan membayar segala komitmen.

Namun, tidak semua mampu melakukan perkara serupa hingga ada segelintir pihak yang mengambil jalan pintas sanggup menjual organ kerana terdesak perlukan wang dan mahu segera menyelesaikan hutang.

Jual Kepada Pencari Buah Pinggang, Mahu Selesaikan Masalah Kewangan

Menerusi sebuah kumpulan Facebook Mencari Penderma Buah Pinggang, terdapat segelintir individu yang sanggup menjual buah pinggang semata-mata mahu menyelesaikan hutang.

Malah, ada juga yang mahu menjualnya kerana sedang berhadapan dengan masalah kewangan lain.

Mahu Jual Buah Pinggang Untuk Tebus Tanah, Perlu Dana RM250,000

Seperti salah seorang individu yang tidak dikenali di kumpulan berkenaan, dia mahu menjual buah pinggangnya itu kerana mahu menggembirakan ibu bapanya.

Ini kerana dana tersebut akan digunakan bagi menebus kembali tanah milik ibu bapanya yang telah digadai.

Malah, dia juga sanggup menjual anggota badannya yang lain seperti mata hanya kerana mahu mendapatkan wang tersebut.

“Saya memerlukan dana sebanyak RM250,000 ke RM300,000. Sebagai ganti dana ini saya sanggup serahkan buah pinggang ataupun mata saya.

“Dana tersebut saya perlukan untuk tebus kembali tanah ibu yang sudah tergadai. Saya diberi tempoh sebulan sahaja untuk selesaikan.

“Jika tidak saya dan keluarga saya kena keluar rumah dari rumah dan tanah yang kami duduk sekarang,” tulisnya.

Foto: Tangkap Layar Facebook

Selain individu tersebut, terdapat banyak lagi hantaran yang dilihat seperti iklan khusus buat mereka yang mahu mendapatkan buah pinggang dengan kadar segera.

Foto: Tangkap Layar Facebook
Foto: Tangkap Layar Facebook

Dijual Dengan Harga RM55,000 Bagi Sebelah Buah Pinggang

Hasil tinjauan kami di grup berkenaan juga mendapati ada yang menawarkan harga buah pinggang sekitar RM55,000.

Namun, ada juga yang menjualnya dengan harga lebih murah iaitu di bawah RM10,000.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar serius menjual organ tersebut.

Foto: Tangkap Layar Facebook
Foto: Tangkap Layar Facebook

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan wujudnya kegiatan menjual organ di Malaysia adalah tidak benar.

Ini kerana sebarang aktiviti pemindahan organ diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah, aktiviti komersial berkaitan organ hanya berlaku di luar negara.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan Pusat Sumber Transplan Nasional Dr. Hasdy Haron, harga buah pinggang boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit di pasaran gelap ekoran permintaannya yang tinggi.

Hanya Ada 46 Penderma Berdaftar

Jelasnya, sebanyak 9,254 orang pesakit sedang berada dalam senarai menunggu bagi pemindahan organ antaranya seperi buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru selepas kematian penderma.

Walaubagaimanapun, hanya terdapat 46 orang individu sebagai penderma berdaftar.

Jual Organ Di Media Sosial Boleh Dikenakan Hukuman

Tambah Hasdy lagi, proses pemindahan organ bukanlah semudah yang disangka kerana individu perlu melalui beberapa tapisan yang dikendalikan oleh pihak yang dilantik sahaja.

“Pesakit perlu mendapatkan penderma yang sesuai sebelum dirujuk kepada pakar untuk dibawa kepada pihak yang me­nguruskannya menerusi Kementerian Kesihatan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Malah, Hasdy turut menjelaskan bahawa penjualan organ melalui media sosial merupakan satu kesalahan.

“Penjualan organ secara terang-terangan melalui media sosial boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pemindahan Organ Manusia 1974 dan Akta Pendermaan Organ dan Penggunaan Tisu 1992,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Cinta, Lelaki Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Isteri Tersayang

Baca Artikel Berkaitan: Ikrar Derma Organ Satu Tindakan Murni Dan Mampu Selamatkan Nyawa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.