Alif Teega & Aisyah Hijanah Sepatutnya Zip Mulut Tentang Layanan SPRM, Kata Peguam
Jelas Kak Ratu, tindakan itu hanya akan menyebabkan timbulnya tanggapan segelintir pihak terhadap SPRM khususnya tentang layanan kepada Orang Yang Disyaki (OYDS).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 10 Julai yang lalu, kecoh di media sosial berita penahanan pempengaruh yang juga merupakan pasangan suami isteri Alif Teega dan Aisyah Hijanah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kutipan derma. Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu dan dua orang lagi suspek telahpun dibebaskan pada 16 Julai lalu
Setelah bebas daripada penahanan tersebut, Alif dan Aisyah tampil memberi penjelasan dan berkongsi pengalaman ketika ditahan SPRM menerusi siaran langsung di akaun TikTok mereka.
Jelas pasangan itu, mereka menganggap penahanan itu sebagai satu pengajaran malah Aisyah dan Alif turut memuji layanan SPRM yang disifatkan amat baik.
Kongsi Pengalaman Ditahan SPRM, Peguam Tegur Alif Teega & Aisyah Hijanah
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat perhatian salah seorang peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu.
Menurut peguam berkenaan, dia berpendapat Alif dan Aisyah sepatutnya tidak membuat siaran langsung dan mendedahkan perkara terbabit kepada umum.
“Ini pandangan peribadi Kak Ratu sebagai seorang peguam. Alif Teega dan Aisyah Hijanah sepatutnya zip mulut berkenaan layanan SPRM semasa direman.
“Tak perlu live dan berdiskusi mengenainya. Mungkin niat mereka berdua cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah profesional tetapi tidak ya, kenapa?” kata peguam berkenaan menerusi satu video.
Buat Orang Ramai Berprasangka, SPRM Layan OYDS Terlalu Baik
Jelas Kak Ratu lagi di TikTok, tindakan itu hanya akan menyebabkan timbulnya tanggapan segelintir pihak tentang SPRM khususnya tentang layanan terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS).
“Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.
“Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP? Apa gunanya reman?
“Jadi, bagaimana pula dengan OYDS yang pernah direman oleh SPRM sebelum ini dan tidak dilayan VVIP?
“Isu ketidakadilan akan timbul dan imej SPRM akan terjejas kerana pilih bulu! If you have nothing good to say, stay silent. My 20 cent opinion,” tulisnya lagi.
Artis Turut Berpendapat Sama Seperti Peguam
Pada masa yang sama, pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini turut mempunyai pendapat yang sama seperti peguam berkenaan.
Rita berpendapat, pasangan itu seharusnya tidak perlu berkongsi kepada umum kerana dia bimbang akan ada segelintir pihak yang menganggap ‘kena gari’ merupakan sesuatu yang normal.
“Macam mana ye nak cakap, jangan jadikan benda itu normal kena gari.
“Kalau sis dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, sis boleh cakap ia adalah ‘satu pengalaman’ untuk sis rasa.
“Tak payahla ulas, nanti ada yang tak boleh fikir dan anggap benda kena gari, kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai pengalaman,” tulisnya.
Malah, Rita menerusi Instagram story miliknya meluahkan rasa risau sekiranya akan ada generasi muda yang memilih untuk mencuri semata-mata mahu merasai pengalaman digari.
“Jangan pula lepas ni dengar, ada adik-adik saja-saja pergi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari, pengalaman katanya, pungggaahhh,” tulis Rita lagi.
Baca Artikel Berkaitan: