Dulu Bawa Tren Kini Bawa Airbus, Perkongsian Tentang ‘Co-pilot’ Ini Buat Ramai Terinspirasi [Video]
Menurut Kapten Johan, sekiranya juruterbang terbabit yang dahulunya hanya seorang pemandu tren, maka beliau yakin bahawa individu lain juga mampu melakukannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Menjadi seorang juruterbang pesawat komersial merupakan antara salah satu cita-cita pilihan orang ramai sewaktu kecil dahulu.
Manakan tidak, bukan hanya menerima gaji yang tinggi dan dipandang gah oleh orang ramai, bahkan mereka juga dapat menjelajah ke merata negara sambil bekerja.
Bagaimanapun, tidak semua orang mampu mencapai cita-cita tersebut kerana untuk menjadi seorang juruterbang bukanlah sesuatu yang mudah, selain akademik yang dinilai, faktor kewangan juga boleh menjadi penyebabnya.
Tular pemandu tren kini bawa kapal terbang
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial apabila bekas selebriti yang juga juruterbang AirAsia, Kapten Johan Farid Khairuddin atau lebih popular dengan panggilan JFK mendedahkan pekerjaan lama seorang pembantu juruterbang sekali gus meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @jfkjohan, co-pilot dalam penerbangan tersebut pernah bekerja sebagai pemandu tren.
“Sebelum dia (pembantu juruterbang) menerbangkan (pesawat) Airbus, ini apa yang dia bawa. Jangan main-main, dari bawa tren ke bawa Airbus,” katanya.
“Kalau dia boleh, korang pun mesti boleh” – Kapten Johan
Menurut JFK, sekiranya juruterbang terbabit yang dahulunya hanya seorang pemandu tren, maka beliau yakin bahawa individu lain juga mampu melakukannya.
“Jadi awak jangan cakap ‘I got no opportunity lah, no chance lah’, Kalau budak tren boleh bawa Airbus, awak?” katanya lagi.
Kapten Johan berkongsi tentang perkara itu untuk memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan berputus asa dalam mengejar impian.
Ramai terinspirasi dengan video tersebut
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa terinspirasi dengan video berkenaan.
Malah, mereka juga tidak menyangka lelaki terbabit mampu menukar bidangnya daripada mengendali pengangkutan awam di darat kepada ‘first officer’ pesawat komersial.