“Hargai Selagi Ada” – Cucu Sepakat Buat Kejutan Kepada Nenek, Balik Kampung Serentak Buat Ramai Sedih [Video]
Difahamkan, nenek Syafiq yang dipanggil sebagai opah itu pada mulanya hanya mengetahui tiga orang cucu sahaja yang akan pulang menziarahinya di kampung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kesibukan kerja atau urusan seharian sememangnya menyukarkan kebanyakan individu untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang.
Dek kerana kekangan masa atau jarak, ada segelintir yang hanya mampu pulang ke kampung sekurang-kurangnya sekali setahun.
Keadaan ini bukan sahaja membuatkan ahli keluarga khususnya ibu bapa atau datuk dan nenek bersedih malah waktu bersama adik beradik serta saudara mara yang lain juga menjadi terhad.
Sepakat Dengan Cucu Lain, Buat Kejutan Kepada Nenek
Namun, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Syafiq mengambil inisiatif bersama sepupunya yang lain untuk memberi kejutan kepada nenek mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @SyedSyafique, dia dan sepupunya yang lain sepakat pulang ke kampung halaman yang terletak di Teluk Intan, Perak untuk berjumpa dengan nenek mereka itu.
“Assalamualaikum guys, hari ni sangat istimewa. Lama sebenarnya tak balik ke kampung ni, dah hampir setahun, so hari ni kami semua cucu-cucu, semua cucu opah Syafiq di Teluk Intan ni, kita akan buat surprise (kejutan), balik ke rumah opah,” katanya di video berkenaan.
Difahamkan, neneknya yang dipanggil sebagai opah itu pada mulanya hanya mengetahui tiga orang cucu sahaja yang pulang menziarahinya di kampung.
Menangis Kegembiraan Sambut Kehadiran Cucu
Namun, warga emas itu terkejut apabila seorang demi seorang cucunya memberi salam dan masuk ke rumah.
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi nenek Syafiq yang menangis kegembiraan tatkala kesemua cucunya itu masuk bersalam dengannya.
“Ya Allah banyak cucu aku, Alhamdulillah syukur pada Allah,” kata neneknya di video berkenaan.
Apa yang lebih mengundang rasa hiba adalah di saat Syafiq memberi salam dan masuk ke rumah neneknya.
Warga emas tersebut kedengaran menjerit kerana tidak menyangka kehadiran cucu sulung yang paling dinantikannya itu malah wanita berkenaan dlihat memeluk erat Syafiq.
“Opah paling rindu cucu sulungnya yang lama tak balik kerana menetap di Arab Saudi. Along balik dah opah,” tulis Syafiq.
Turut kedengaran warga emas berkenaan berulang kali menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan itu.
Luang Masa Dengan Nenek
Melalui video tersebut, dapat dilihat Syafiq dan ahli keluarga meluangkan masa bersama nenek mereka yang tersayang.
Kesemuanya dilihat telah membeli makanan terlebih dahulu kerana tidak mahu neneknya itu bersusah payah untuk memasak demi mereka.
Malah, mereka turut membelikan buah kegemaran warga emas berkenaan iaitu durian untuk dinikmati bersama selain keluar beramai-ramai menikmati makan malam dan menziarahi pusara arwah datuknya.
Video Buat Pengguna TikTok Sedih, Ramai Imbau Kenangan Bersama Nenek
Video yang telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Rata-rata sedih melihat situasi berkenaan hingga menyebabkan kebanyakannya teringat nenek di kampung.
Malah, ada juga yang menyuarakan kerinduan kepada nenek mereka yang telahpun meninggal dunia.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Part Ko Peluk Opah Tu Bang, Allahu Meleleh Air Mata Aku, Rindunya Arwah Opah, Macam Ni La Dia Excited Dulu Masa Kami Balik”
“Awak Buat Saya Menangis Bro, Rindu Sangat Dekat Opah & Atuk Saya Dua Dua Belah. Al-Fatihah”
“Sedihya Rindu Nenek”
“Nampak Sangat Opah Menanggung Rindu Pada Cucu, Terima Kasih Kerana Bahagiakan Mereka”
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Bila Berjiran Dengan Mak”- Ibu Pening Anak Tak Lekat Duduk Di Rumah, Suka Menempel Dengan Nenek [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]