fbpx
Now Reading
“Ingat Nyamuk Ke Nak Spray Gitu?” – Ramai Terhibur Lihat Pemuda Guna Ridsect Cuba Halau Biawak [Video]

“Ingat Nyamuk Ke Nak Spray Gitu?” – Ramai Terhibur Lihat Pemuda Guna Ridsect Cuba Halau Biawak [Video]

Namun, tindakan pengguna TikTok itu dilihat tidak memberi kesan kepada haiwan berkenaan kerana langsung tiada pergerakan pada biawak tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan individu, kediaman yang tiba-tiba dimasuki haiwan sememangnya boleh memeningkan kepala.

Sekiranya haiwan yang masuk itu adalah sejenis serangga atau binatang yang mudah untuk dihalau, ia tidak menjadi satu masalah.

Apa yang menakutkan adalah sekiranya haiwan atau serangga tersebut merupakan jenis berbisa atau boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia.

Sudah pastinya keadaan sebegini boleh menyebabkan tuan rumah pening memikirkan cara untuk meghalau binatang tersebut.

Halau Biawak Pakai Racun Serangga

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @dikwannnn._, pengguna ini berkongsikan momen di saat seekor biawak masuk ke bilik airnya.

“Masuk jamban je mesti dok rasa ada orang intai, rupanya natang (binatang) gorgon (biawak) ni dok atas tu,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan biawak berkenaan tidak bergerak dipercayai sedang tidur di atas bahagian dinding bilik air kediaman lelaki itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan pemuda tersebut yang cuba menghalau biawak itu menggunakan penyembur aerosol, Ridsect.

Namun, tindakannya itu dilihat langsung tidak memberi kesan kepada haiwan berkenaan kerana tiada pergerakan yang dikesan pada biawak tersebut.

Malah, kedengaran lelaki itu turut mempersoal sama ada biawak tersebut telah mati atau sebaliknya.

“Hidup ke mati ni?” tanya pemuda itu lagi.

Kerana tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya, kedengaran lelaki juga cuba menarik perhatian biawak berkenaan dengan membuat bunyi seakan seperti mengetuk sesuatu.

Tindakannya itu akhirnya membuahkan hasil apabila biawak tersebut dilihat mengangkat kepala menuju ke sumber bunyi tersebut.

Namun sehingga ke akhir video, tidak dapat dipastikan sama ada usahanya menghalau haiwan berkenaan berjaya atau tidak.

@dikwannn._

Masuk jamban ja mesti dok rasa ada orang intai , rupanya natang gorgon ni dok atas tu 🤣 #gorgon

♬ original sound – Dik Wan – Dik Wan

Pengguna TikTok Beri Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur melihat gelagat pemuda berkenaan.

Ini kerana mereka berpendapat tindakan tersebut hanya sia-sia dan tidak mampu menghalau biawak tersebut. Ada juga pengguna TikTok yang turut berkongsikan pengalaman serupa menghadapi situasi sama.

Mereka turut berkongsi cara untuk menghalau haiwan tersebut antaranya terpaksa memanggil pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Penggunaan Racun Serangga Terhadap Biawak Tidak Berkesan

Sekadar info, penggunaan racun serangga terhadap haiwan seperti biawak, katak atau musang tidak berkesan lagi-lagi sekiranya anda mahu mengelakkan haiwan tersebut daripada masuk ke rumah khususnya naik ke bumbung kediaman.

Menurut seorang pakar dalam kawalan serangga yang dikenali sebagai AJ Pest Control, langkah yang terbaik adalah menutup ruang yang ada pada bumbung rumah dengan cara membuat proofing, iaitu menutup laluan yang berpotensi untuk dimasuki binatang.

@ajpestcontrol

Replying to @PiiNiihaa seeloknya kita panggang biawak tersebut. #fyp #pestcontrol

♬ original sound – AJ PEST CONTROL – AJ PEST CONTROL

Namun, Public Health Malaysia dalam satu hantaran di Facebook menjelaskan semburan serangga jenis Baygon boleh memberi kesan kepada haiwan berbisa seperti ular.

Ini kerana penggunaan aerosol itu boleh memberikan gangguan saraf dan pernafsan kepada ular.

Pihaknya bagaimanapun menyarankan orang ramai untuk mencari bantuan profesional sekiranya berdepan dengan ular berbahaya.

Benarkah Baygon berkesan untuk menghalau ular? Berikut kami kongsikan penjelasan bahan racun yang terdapat dalam…

Posted by Public Health Malaysia on Sunday 21 July 2024

Selain itu, antara langkah lain yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Pastikan rumah bersih daripada timbunan sampah
  • Berkebun atau memotong rumput bagi mengelakkan daripada terbentuknya tempat yang boleh menjadi kawasan persembunyian haiwan seperti biawak atau ular
  • Tingkatkan keselamatan khususnya pada musim hujan dengan menutup lubang-lubang atau bahagian terdedah di dalam atau di luar rumah.
  • Periksa setiap ruang rumah seperti bilik stor dan tandas secara berkala
  • Kerap periksa tempat yang sejuk dan gelap di sekitar rumah seperti dalam kabinet kasut atau timbunan sampah yang mungkin boleh digunakan haiwan sebagai tempat persembunyian.

Berikut antara komen warganet:

“Nyamuk Arwah La Bang, Kalau Gorgon Gini, Tak De Kesan Aih”

“Kau Ingat Nyamuk Aedes Ke Nak Spray Gitu”

“Saya Dulu Anak Biawak Masuk Rumah Pun Saya Telefon BOMBA, Nasib Abang BOMBA Nak Layan”

Baca Artikel Berkaitan: Sering Jumpa Lipan Dalam Bilik Air? Lelaki Ini Dedah Cara Hapuskannya

Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Cara Halau Tikus Dari Rumah, Pasti Menyesal Kalau Datang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.