fbpx
Now Reading
Penunggang Motosikal Terjatuh Akibat ‘Tank Slap’, Ramai Nasihat Jangan Lalu Atas Garisan Putih [Video]

Penunggang Motosikal Terjatuh Akibat ‘Tank Slap’, Ramai Nasihat Jangan Lalu Atas Garisan Putih [Video]

Menerusi video dashcam, kelihatan motosikal tersebut gagal dikawal dipercayai akibat ‘tank slap’ sewaktu melalui garisan putih lalu penunggangnya jatuh ke atas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian kemalangan di jalan raya merupakan satu insiden yang tidak dapat dijangka bila ia akan berlaku.

Meskipun sudah berhati-hati ketika berada di jalan raya namun sebab kemalangan boleh berpunca daripada pelbagai perkara seperti kegagalan mengawal kenderaan, bencana alam sekitar dan banyak lagi.

Oleh itu, setiap pengguna jalan raya khususnya mereka yang memiliki kenderaan perlu sentiasa menyelia kenderaan, dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan agar tiada kemalangan tak diingini berlaku.

Penunggang motosikal tercampak ke jalan lepas lalui garisan putih

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan apabila terjatuh daripada motosikalnya secara tiba-tiba ketika berada jalan raya.

Menerusi video dashcam yang tular di X, awalnya kelihatan sebuah motosikal sedang melalui lorong kecemasan di sebatang jalan.

Motosikal gagal dikawal sebelum terjatuh

Motosikal itu pada mulanya dilihat ditunggang dengan baik. Namun sebaik sahaja penunggang motosikal terbabit melalui garisan putih antara pembahagi jalan itu, kelihatan kenderaannya seperti sukar untuk dikawal atau turut dipanggil ‘tank slap’ atau ‘speed wooble’.

Dalam video itu jelas kelihatan tayar motosikal itu bergoncang ke kiri dan kanan (gelong) sebelum kenderaan tersebut melencong ke lorong kiri lalu terjatuh dan penunggangnya tercampak ke lorong tengah.

Manakala motosikalnya pula tersasar sehingga melanggar tembok pembahagi jalan di lorong kanan.

Kereta saga dipandu perlahan dan kenderaan tak banyak di jalan raya

Penunggang motosikal itu bagaimanapun bernasib baik, kerana sebuah kereta Proton Saga di lorong kiri dipandu dengan perlahan manakala lorong tengah dan kanan tidak mempunyai banyak kenderaan.

Sebaik terjatuh, penunggang dilihat segera bangun dipercayai untuk menyelamatkan dirinya.

Ramai pesan penunggang motosikal jangan lalu atas garisan putih

Video insiden membabitkan penunggang motosikal itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Malah ada yang turut menasihatkan para penunggang yang membawa motosikal untuk tidak melalui garisan putih terbabit apabila berada di jalan raya.

Ini kerana, ada yang menyifatkan garisan tersebut licin dan tebal. Bukan hanya itu, ada juga berpendapat sekiranya angin tayar motosikal tidak cukup angin atau botak juga akan menyebabkan ia sukar dikawal.

Walau bagaimanapun, ada juga berpendapat mungkin motosikal tersebut mengalami tayar bocor atau pancit ketika melalui jalan terbabit menyebabkan ia sukar dikendalikan.

Memetik sebuah akaun Facebook, sekiranya berdepan ‘tank slap’ semasa menunggang motosikal, antara perkara yang boleh dilakukan oleh penunggang adalah:

  • Jangan panik
  • Perlahankan kelajuan secara perlahan-lahan (jangan brek secara mendadak).
  • Angkat sedikit punggung dan rapatkan ke tank (depan) untuk menstabilkan kawalan motosikal.

“Jangan lalu atas garisan putih. Garisan tu tebal dan licin”

“Garisan putih yang tu boleh membunuh”

“Aku syak sama ada tayar tiba-tiba bocor atau tayar terlampau kecil. Jalan kering bukannya basah nak tiba-tiba macam tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.