
Raja Dadah Ditangkap Polis Selepas Isteri Selamba ‘Tag’ Lokasi Di IG, Siap Pamer Hidup Mewah
Isteri kepada raja dadah itu, Ronald Roland mempamerkan perjalanan mewah suaminya yang secara tidak sengaja membolehkan polis keberadaan suspek.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial pada masa kini sudah menjadi satu platform di mana orang ramai dapat berkongsi kenangan atau momen mereka kepada ahli keluarga, kenalan rapat mahupun orang ramai.
Bahkan, ciri-ciri yang ada seperti ‘tag’ lokasi juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui keberadaan individu tersebut semasa gambar atau video berkenaan diambil.
Raja dadah berjaya ditahan polis gara-gara isteri gemar pamer kehidupan mewah di IG
Bagaimanapun, tindakan seorang wanita yang gemar mempamerkan kehidupan mewahnya di laman media sosial, Instagram (IG) telah membawa kepada penahan suaminya yang juga seorang ‘raja dadah’ di Brazil.
Menurut Harian Metro yang memetik Metro UK, lelaki yang dikenali sebagai Ronald Roland berusia 50 tahun itu berjaya dicekup polis selepas diburu selama dua tahun.
Difahamkan, pihak polis berjaya menjejaki lokasi Roland berdasarkan hantaran yang dimuat naik oleh isterinya itu di media sosial terbabit.
Lelaki itu ditahan di kondominiumnya di bandar pantai Guaruja selepas dia disyaki menjalankan pengubahan wang haram dan terlibat dengan kartel dadah di Mexico.
Menurut pihak berkuasa, Roland mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan dadah di negara Amerika Selatan itu.
Roland ditahan ketika isteri keduanya, Andrezza De Lima Joel dan anak perempuan mereka sedang tidur di kediaman terbabit.
Polis berjaya kesan keberadaan Ronald selepas isterinya muat naik gambar mereka di IG
Menurut rancangan hal ehwal semasa TV Globo, Fantastico, polis berjaya mengesan Ronald selepas Andrezza memuat naik gambar mereka di IG.
Andrezza menayangkan perjalanan mewah suaminya ke Paris, Dubai, Maldives dan Colombia yang secara tidak sengaja membolehkan polis keberadaan suspek.
Kali kedua ditahan kerana isterinya ‘tag’ lokasi di IG
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama Ronald ditahan kerana tindakan isterinya itu, sebelum ini, ‘drug lord’ terbabit diberkas pada Julai 2019 di mana pada ketika itu dia berada dalam senarai Dikehendaki Polis Antarabangsa (INTERPOL).
Pada masa itu, isterinya menandakan lokasi mereka di media sosial, sebagai di Zon Timur Soa Paulo. Ronald kemudiannya dibebaskan pada tahun berikutnya.
Roland dikatakan telah mengumpul kekayaan sebanyak 5 bilion Real (BRL) iaitu sekitar RM4.3 bilion dalam tempoh hanya lima tahun hasil kegiatan tersebut, kata polis persekutuan.