Rusuhan Di Bangladesh: Tular Dakwaan Ada Pelajar Malaysia Yang Masih Belum Dipindahkan Ke Kedutaan
Wisma Putra sebelum ini berkata, pihaknya sudah memindahkan pelajar Malaysia di Bangladesh ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
[Kemaskini] Dalam satu perkembangan terbaharu, pengguna Twitter berkenaan memaklumkan satu misi memindahkan pelajar dari Mymensingh ke Dhaka oleh pihak kedutaan akan bermula seawal pukul 4 pagi esok.
Sejak minggu lalu, tular di media sosial situasi tegang yang berlaku di Bangladesh selepas para pelajar universiti di negara itu melakukan protes yang bertukar rusuhan membantah kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan.
Rusuhan yang semakin tidak terkawal itu menyebabkan pihak kerajaan melalui polis Bangladesh terpaksa mengambil tindakan tegas dengan melakukan pertempuran sehingga berlaku kematian beberapa orang pelajar di sana.
Lebih membimbangkan, protes tersebut turut memberi kesan terhadap pelajar-pelajar Malaysia yang ketika ini berada di sana.
Pelajar Malaysia telah dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia – Wisma Putra
Wisma Putra kemudiannya menerusi satu kenyataan pada 21 Julai memaklumkan pelajar Malaysia yang berada di sana sudah dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia demi keselamatan mereka.
Menurut Kementerian Luar Negeri, pihaknya memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhaadap keselamatan ahli keluarga mereka di Bangladesh.
“Kementerian Luar Negeri ingin menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah keutamaan kami,” katanya.
Kenyataan Wisma Putra bercanggah? Masih ada pelajar Malaysia belum dipindahkan?
Bagaimanapun, terdapat dakwaan daripada pengguna akaun X @akmalazizan8 yang mengatakan berlaku percanggahan kenyataan daripada Wisma Putra terbabit apabila masih ada pelajar di dua universiti yang masih belum dipindakan.
Malah, lelaki terbabit turut mendakwa para pelajar berkenaan masih menunggu rancangan daripada pihak kedutaaan yang masih tidak jelas.
“Semua pelajar di Mymensingh dan Dhaka Medical College masih belum dipindahkan ke kedutaan lagi. Semua masih tunggu plan yang masih samar-samar dari kedutaan. Bercanggah dengan kenyataan Wisma Putra. Kedai makan, market semua tutup, kedutaan perlu bertindak segera,” ciapnya.
Akmal sebelum ini merupakan individu yang membangkitkan persoalan mengenai keadaan pelajar Malaysia di Bangladesh.
Namun, bekas wartawan, Mohd Faizal Hassan memaklumkan kepadanya bahawa wakil Wisma Putra ada cuba menghubunginya.
Salam irfan. Semua pelajar di Mymensingh dan Dhaka Medical College masih belum dipindahkan ke kedutaan lagi. Semua masih tunggu plan yang masih samar samar dari embassy. Bercanggah dengan kenyataan Wisma Putra. Kedai makan, market semua tutup. Embassy perlu bertindak segera. https://t.co/aorG3Uw65g
— Akmal Azizan (@akmalazizan8) July 21, 2024
BuzzKini telah menghubungi pihak Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan terbabit dan kemas kini terbaharu pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Artikel ini akan dikemas kini sebaik mendapat respon daripada mereka.
[Kemaskini]
Dalam satu perkembangan terbaharu, pengguna Twitter berkenaan memaklumkan satu misi memindahkan pelajar dari Mymensingh ke Dhaka oleh pihak kedutaan akan bermula seawal pukul 4 pagi esok (23 Julai).
Jelasnya, satu pertemuan telah berlangsung antara Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh.
Hasil pertemuan tersebut Mohamad Hasan atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Mat telah bersetuju untuk untuk membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia di Bangladesh pada Selasa, 27 Julai.
InshaAllah misi ‘extraction’ dari Mymensingh ke Dhaka akan bertolak seawal pukul 4 pagi esok yang akan disediakan oleh pihak kedutaan. Sekarang tengah usaha untuk update para pelajar dan semua ibu bapa yang risaukan anak anak.
— Akmal Azizan (@akmalazizan8) July 22, 2024
Akan lakukan evakuasi jika diperlukan
Terdahulu, selain menilai dengan teliti perkembangan terhadap situasi semasa, Kementerian Luar bersama Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga sedang mempertimbangkan semua opsyen yang ada termasuk evakuasi jika diperlukan.
“Kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi serta agensi lain yang berkaitan dalam usaha untuk membantu pelajar Malaysia di Bangladesh.
“Kementerian ini memohon semua pelajar Malaysia agar berhubung dan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Bilik operasi telah dibuka di Kementerian dan boleh dihubungi di nombor telefon +603-8887 4570 atau emel taskforcebangladesh@kln.gov.my.
“Rakyat Malaysia juga digesa agar berhati-hati terhadap individu yang menjanjikan bantuan untuk rakyat Malaysia di Bangladesh. Lakukan semakan dengan menghubungi Bilik Operasi,” katanya lagi.
Rakyat Malaysia di Bangladesh dinasihati elak berada di kawasan protes
Kementerian terbabit turut menasihati semua rakyat Malaysia di sana untuk mengelakkan diri daripada berada di kawasan protes, kekal berwaspada dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan selaras dengan perintah berkurung yang sedang berkuasa kuasa.
Kementerian Luar juga memantau rapat situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Sekadar info, protes di Bangladesh mula tercetus selepas para pelajar di negara berkenaan menuntut sistem kuota yang memperuntukkan 30% pekerjaan dalam sektor awam untuk ahli keluarga veteran yang berjuang dalam perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971 dihentikan.
These scenes are not from a war zone but from Dhaka, the capital of Bangladesh. For the third consecutive day, police and paramilitary forces are violently cracking down on students who are demanding the abolition of the quota system. Since last night, the government has blocked… pic.twitter.com/Q0iD1cPbb5
— Sami (@ZulkarnainSaer) July 18, 2024