Uncle Hias Proton Saga Penuh Dengan Pelbagai Aksesori & Kerongsang Raih Perhatian [Video]
Menurut warga emas tersebut, dia menjadikan aktiviti menghias kereta Proton Saga berwarna merah itu sebagai hobi masa lapangnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui kebanyakan golongan lelaki lebih cenderung dan minat pada bidang automotif seperti motosikal dan kereta.
Malah mereka juga sanggup berhabis ribuan ringgit demi mengubahsuai atau mencantikkan kenderaan yang dimiliki.
Warga emas hias kereta dengan pelbagai aksesori kerongsang
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang juga warga emas apabila dilihat cenderung menghias kenderaannya.
Namun dia dilihat sedikit berbeza kerana melakukan ‘makeup’ dengan pendekatan berbeza apabila menggunakan ratusan atau mungkin ribuan aksesori hiasan pakaian seperti barangan kemas, rantai, butang dan juga kerongsang untuk mencantikkan kenderaannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Jan_absober di TikTok, awalnya dia menunjukkan seorang warga emas sedang membuka bonet bahagian hadapan sebuah kereta jenama Proton Saga berwarna merah.
Dilekatkan di seluruh badan kereta termasuk cermin wi
Jelas kelihatan bahagian luaran (exterior) kereta tersebut termasuk permukaan cermin dan tingkap dipenuhi pelbagai butiran seperti kerongsang serta bendera Kedah.
Malah ketika ingin membuka bonet hadapan kenderaan itu, pak cik berkenaan turut meminta Jan untuk membantunya mengangkat bonet tersebut dipercayai kerana terlalu berat disebabkan aksesori yang ada di atas kereta tersebut.
Apa yang mencuri tumpuan sebaik bonet dibuka, kelihatan aksesori sama turut dilekatkan pada penutup enjin dan bahagian-bahagian lain. Melihat perkara itu Jan secara berseloroh turut mencadangkan pakcik tersebut untuk membawa keretanyanya ke pameran autoshow.
Bukan di bahagian luar sahaja, malah seluruh bahagian interior turut dipenuhi dengan ribuan lagi aksesori perhiasan termasuk patung mainan, bunga tiruan serta barangan tembaga.
Lekat kerongsang pada kereta adalah hobi
Sewaktu ditanya berapakah modal yang digunakan untuk setiap aksesori tersebut, pak cik itu mengatakan dia tidak pernah melakukan kira-kira memandangkan itu adalah hobinya.
Di ruang komen, Jan turut memaklumkan kereta tersebut ada dibawa bersiar-siar namun kebiasaannya hanya disimpan di rumah sahaja.
Kereta raih perhatian ramai
Perkongsian Jan mengenai kereta unik tersebut nyata menarik perhatian ramai. Ada yang tidak menyangka beliau begitu ‘gigih’ menghiasi keretanya dengan ratusan aksesori tersebut.
Tidak kurang juga ada yang khuatir bagaimana kereta ini dipandu memandangkan hampir seluruh permukaan cermin dipenuhi dengan hiasan kerongsang.
Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang turut menyedari bahawa uncle tersebut turut menghiasai kasutnya dengan kerongsang.
Ada juga yang bertanya adakah ia kerongsang emas yang betul dilekatkan pada kereta. Jan lalu menjawab ia bukan emas tulin.