fbpx
Now Reading
“Benda Basic Kot” – Remaja Lelaki Terlupa Lafaz 2 Kalimah Syahadah & Selawat Raih Perhatian Ramai [Video]

“Benda Basic Kot” – Remaja Lelaki Terlupa Lafaz 2 Kalimah Syahadah & Selawat Raih Perhatian Ramai [Video]

Dalam video terbabit, kelihatan hanya beberapa remaja sahaja yang dapat membaca dua kalimah syahadah serta selawat dengan lancar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kecil lagi, kebanyakan umat Islam telah dididik dengan ilmu asas agama bermula sejak sekolah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

Bahkan, ada di antara kita yang sejak berusia tujuh tahun sudah dihantar ke sekolah agama bagi mendalami ilmu tersebut dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada segelintir Muslim yang terlupa akan ilmu asas agama berkemungkinan kerana kurang dipraktikan setelah dewasa.

Tular video remaja-remaja sukar jawap soalan mudah asas agama Islam

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa remaja yang sukar memjawab soalan agama yang mudah selepas diajukan oleh influencer Singapura, Juffri Alui.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @juffri_alui, Juffri dilihat megajukan soalan kepada beberapa remaja ditemuinya di sekitar Bussorah Street berhampiran Sultan Mosque, Singapura dengan menyuruh mereka untuk membaca dua kalimah syahadah dan selawat.

Terlupa cara bacaan 2 kali syahadah dan selawat

Pun begitu, kelihatan beberapa remaja lelaki seakan sukar untuk menjawab soalan yang diajukan itu kerana berkemungkinan sudah terlupa lafaz dua kalimah syahadah dan selawat.

Dalam video terbabit, hanya beberapa remaja sahaja yang dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah dan tanpa teragak-agak.

“Niat aku buat konten ini sahaja nak santai-santai, bagi orang jawap soalan paling senang sebagai seorang Muslim.

“Kita sama-sama mendoakan agar kita semua diberikan hidayah dan istiqamah insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Juffri pada masa sama turut mengingati orang ramai yang menonton video tersebut agar tidak cepat menghukum, sebaliknya membimbing generasi muda untuk lebih mendalami ilmu agama.

@juffri_alui

Ucapkan 2 kalimah Syahadah & Selawat✨ Niat aku buat content ni saje nak santai2, kasi orang jawab soalan paling senang sebagai seorang muslim. Kita sama2 mendu’a kan agar kita semua diberikan hidayah dan istiqomah in shaa Allah 🤲🏽 jangan cepat menghukum, video ni jelas menunjukkan, jauh lagi perjalanan kita untuk membimbing generasi yang muda☝🏼#fypsg #fypmalaysia

♬ original sound – Juffri Alui – Juffri Alui

Netizen beri pelbagai reaksi, bimbang dengan generasi muda masa kini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan orang seakan bimbang melihat generasi muda pada masa kini yang sukar menjawab soalan paling asas tentang agama itu.

Mungkin gugup diterjah kamera

Malah, tidak kurang juga yang mempersoal bagaimana remaja-remaja terbabit boleh terlupa rukum Islam pertama itu dan juga selawat yang sering dibaca ketika solat.

Ada juga yang berpandangan positif bahawa remaja-remaja terbabit bukanlah tidak tahu mahupun terlupa, sebaliknya menjadi gugup apabila diterjah bersama kamera dan diajukan soalan tanpa bersedia terlebih dahulu.

Berikut kami kongsikan bacaan dua kalimah syahadah di dalam rumi:

Lā ilāha illaLlāhu Mu’ammadun rasūluLlāh.

Bermaksud: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya.”

Selawat Nabi yang ringskas di dalam rumi:

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad

Bermaksud:Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Komen orang ramai di TikTok

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.