
“Dia Pelanggan Kot” – Ramai Persoal Motif Peniaga Teh Herba ‘Cakap Kasar’ Dengan Pelancong [Video]
Peniaga tersebut dilihat menggunakan intonasi kasar ketika bertanya kepada pelancong dikenali sebagai Emma tentang jenis teh herba yang diinginkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, Malaysia sentiasa menerima ramai pelancong asing. Ramai juga di antara mereka yang sanggup datang ke negara ini semata-mata untuk mencuba pelbagai variasi makanan dan minuman menarik.
Buat golongan peniaga atau penjaja, sudah tentu mereka mahu memberikan layanan yang baik kepada pelancong kerana ia secara tidak langsung menunjukkan identiti warga tempatan yang baik.
Walaupun pelanggan ini akan memberikan keuntungan kepada jualan, namun ada juga segelintir peniaga bersikap dingin dan kurang mesra dengan mereka.
Peniaga Kurang Mesra Ketika Pelancong Dari AS Mahu Beli Teh Herba
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pelancong asing dikenali sebagai Emma (@emma_eatss) mengunjungi sebuah gerai minuman teh herba dipercayai sekitar Johor Bahru.
Emma pada awalnya bertanya kepada peniaga wanita tersebut tentang produk apa yang dijual. Menurut makcik itu, dia menjual teh herba dan juga teh bunga krisantimum.
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah intonasi peniaga tersebut yang kedengaran agak ‘kasar’.
“Ni kedai teh herba. Kau nak apa?” tanya peniaga tersebut dengan tegas.
Selepas Emma membuat keputusan untuk mencuba teh herba, makcik tersebut kemudian bertanya sama ada dia mahu airnya dicampur dengan serbuk ataupun tidak.
Mungkin tidak mengetahui maksud ‘air yang mengandungi serbuk’, Emma lantas bertanya bagaimanakah rupa air itu.
Namun makcik berkenaan tidak menjawabnya dan masih bertanya tentang perkara yang sama, “Awak nak campur serbuk atau tak? Saya dah tanya, tapi awak tak jawab soalan saya.”
Peniaga Beri Jawapan Mengelirukan
Bukan itu sahaja, peniaga berkenaan turut memberi jawapan yang agak mengelirukan tentang harga teh herba bersama dengan serbuk itu. Jelasnya, harga minuman tersebut adalah RM7, RM8, RM10, RM12 dan RM15.
Sejurus selepas peniaga menyebut harganya, Emma berkata dia mahukan teh herba tanpa serbuk. Tetapi sekali lagi, peniaga berkenaan masih mengulangi soalan yang sama.
“Tak. Saya dah kata tak nak banyak kali,” ujar Emma.
Dengan suara yang sedikit tinggi, makcik itu bertanya Emma berasal dari mana. Perbualan antara peniaga dan pembeli tersebut terhenti selepas Emma berkata dia berasal dari Amerika Syarikat (AS).
Emma Beri Reviu Tentang Rasa Minuman Teh Herba Tersebut
Di akhir perkongsian, Emma dilihat membuat reviu mengenai air minuman itu. Kata Emma, air teh tersebut agak pahit dan tidak diletakkan sebarang kandungan gula.
Tambah wanita itu lagi, rasa minuman tersebut tidak begitu teruk tetapi kurang menepati cita rasanya.
@emmaa_eatss $1.50 Herbal Tea in Malaysia 🇲🇾#malayisa #johor #johorbahru #tea #drink #tastetest #cooling #hot #refreshing #chinese #streetfood #travel #review #malaysiatiktok #chinesefood #asianfood #seasia #foryoupage #fypage #foodie #streetvendors ♬ original sound – Emma Eats
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Pengalaman Emma Beli Teh Herba
Menjengah ke ruangan komen, ramai berkata Emma sangat sabar walaupun peniaga teh herba tersebut bercakap dengan intonasi yang kasar.
“Wow, awak sangat sabar! Kalau saya jumpa makcik ni, saya akan jerit dekat dia juga,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga individu berkata mereka akan pergi dari situ sebaik sahaja makcik tersebut bercakap dengan intonasi berkenaan.
“Kalau aku kena macam tu, memang aku blah (pergi) je,” jelas seorang netizen.
Selain itu, ada juga segelintir individu tidak tahu teh herba berserbuk wujud selama ini.
“Sebagai orang yang pernah tinggal di Malaysia pun, saya tak tahu serbuk yang dicakap tu. Saya tak pernah rasa teh herba berserbuk,” ujar seorang pengguna TikTok.


















Baca Artikel Berkaitan: “Tidak Akan Jejak Ke KL Lagi!” – Pelancong China Kecewa Malaysia Selalu Hujan