fbpx
Now Reading
Didakwa Guna Logo Elephant Army Tanpa Izin, Pihak Kieda Crepe Mohon Maaf [Video]

Didakwa Guna Logo Elephant Army Tanpa Izin, Pihak Kieda Crepe Mohon Maaf [Video]

Menurut Elephant Army dalam satu kenyataan, logo tersebut telahpun didaftarkan sebagai cap dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam memperkenal dan mengukuhkan jenama dalam pasaran.

Selain daripada menggunakan platform pengiklanan yang biasa, ada di antara mereka yang sanggup berbelanja lebih bagi melakukan sesuatu yang berbeza antaranya seperti siri jelajah dan menjual barang merchandise milik jenama mereka sendiri.

Lazimnya, jualan merchandise seperti key chain atau baju, rekaannya akan dihasilkan oleh pemilik itu sendiri.

Namun kadang-kala akan ada peniaga mungkin terlepas pandang dan tidak menyedari bahawa rekaan atau bentuk yang digunakan adalah milik orang lain.

Kieda Crepe Mohon Maaf Isu Penggunaan Logo Ultras Pahang

Terbaharu, pihak Kieda Crepe tampil mohon maaf selepas didakwa menggunakan logo penyokong bola sepak Pahang, Elephant Army (EA) tanpa izin oleh pihaknya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook Khalieda Yusra, pihak Kieda yang diwakili oleh suaminya, Hilmi Zaky atau Amy memohon maaf kepada EA atas penggunaan logo tersebut pada baju yang dijual sempena siri jelajah Kieda Crepe di Pahang.

Jelas Amy, dia tidak mengetahui logo itu telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek sebagai cap dagangan (trademark) yang sah.

“Pertama sekali Amy mohon maaf kepada pihak EA Army atau Ultras Pahang sebabkan Amy tak tahu logo ini berdaftar atas logo mereka.

“Kita nak bertemakan Negeri Pahang, sebab cantik. Tapi salah Amy, Amy tak study dulu,” katanya.

Mohon Orang Ramai Tidak Salahkan Isteri & Team Kieda Crepe

Melalui video itu juga, Amy menjelaskan dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab dan memohon agar orang ramai tidak meletakkan kesalahan tersebut kepada Kieda serta kumpulannya.

“Design (rekaan) Amy yang buat sendiri, bukan datang dari team Amy, bukan dari Kieda, Amy sendiri yang buat design ni bertemakan negeri Pahang.

“Amy minta maaf banyak-banyak kepada Elephant Army,” katanya.

Minta Pelanggan Pulangkan Semula Baju Yang Dijual

Malah, Amy turut memohon agar pelanggan yang telah membeli baju tersebut untuk memulangkan semula kepadanya dan akan digantikan dengan baju rekaan terbaharu.

“Saya akan perbetulkan balik, saya akan tarik balik semula baju yang pelanggan saya beli. Saya minta jasa baik anda semua, bila barang tu sampai tolong cancel order.

“Saya akan buang logo ini, saya akan ganti dengan logo sendiri.

“Amy minta 150 helai baju yang terjual ni, yang dah sampai dekat pelanggan, tolong cancel order,” katanya lagi.

Sudah Berhubung Dengan Pihak Elephant Army

Amy juga turut menjelaskan pihaknya telahpun berhubung dengan Ultras Pahang itu bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Kata Amy, menerusi perbincangan tersebut, pihak EA telahpun mencadangkan cara yang terbaik bagi Kieda Crepe untuk memperbetulkan keadaan.

“Alhamdulillah kita pun dapat communicate dengan profesional, selesaikan masalah dengan baik, pihak sana pun dah bagi jalan terbaik.

“Jalan terbaik adalah untuk dapatkan balik baju ini,” jelasnya.

Malah, dia turut menegaskan sekali lagi bahawa itu merupakan salahnya dan bukan salah Kieda serta kumpulan syarikatnya itu.

Kita belajar lagi pengalaman baru 🙂 Kieda minta semua repost video ni supaya fyp🙏🏼 kami takmau makan duit HARAM melalui logo orang seperti mana netizen komen . Kita nak cari rezeki yang berkat . Minta jasa baik semua customer return balik baju yang dibeli🙏🏼🙏🏼 Dan mohon maaf kepada pihak EA ARMY kerana mengunakan logo 🐘

Posted by Khalieda Yusra on Monday 22 July 2024

Kita takkan lari dari masalah . Semua ni memang salah kita sebab tak research dulu tentang Logo-logo lain. Yang kita…

Posted by Khalieda Yusra on Monday 22 July 2024

Logo Telah Didaftarkan Sebagai Cap Dagangan

Terdahulu, kumpulan Ultras Pahang telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan penggunaan logo kelab peminat tersebut yang disalah guna oleh pihak tertentu.

Jelas mereka, logo tersebut telahpun didaftarkan sebagai cap dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Malah, mereka turut menegaskan bahawa EA adalah sebuah pergerakan bebas dan mengambil keuntungan adalah berlawanan dengan prinsip kelab tersebut.

Berdasarkan kenyataan rasmi itu juga, mereka menasihati orang ramai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja untuk tidak menyalah gunakan logo tersebut.

Ini kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976 dan individu boleh diambil tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.