fbpx
Now Reading
Ibu Bapa Buat Kejutan Untuk Anak, Bawa Jumpa Pekerja Kedai Mamak Kegemarannya [Video]

Ibu Bapa Buat Kejutan Untuk Anak, Bawa Jumpa Pekerja Kedai Mamak Kegemarannya [Video]

Difahamkan, kanak-kanak bernama Luth ini sudah rapat dengan pekerja kedai mamak tersebut sejak empat tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pergilah mana-mana tempat sekali pun, kedai mamak tetap menjadi lokasi kegemaran rakyat Malaysia.

Cakap je nak jumpa waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam atau ‘supper’, kedai mamak sentiasa menjadi tempat pilihan masyarakat.

Kadangkala kita pun sudah kenal dengan pekerja di kedai mamak kerana selalu datang makan di sana.


Kanak-kanak Berjumpa Semula Dengan Pekerja Kedai Mamak Kegemarannya

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@moonlighflower7_), wanita ini bersama suaminya telah memberikan satu kejutan kepada anak mereka yang dikenali sebagai Luth.

Kejutan itu dilakukan dengan membawa Luth berjumpa semula dengan pekerja kedai mamak yang menjadi kegemarannya sejak empat tahun lalu.

Oleh kerana hubungan mereka yang agak rapat, wanita ini menceritakan anaknya itu sering meminta untuk ke kedai mamak tersebut setiap hari semata-mata untuk berjumpa pekerja yang digelar sebagai ‘uncle mamak’.

Sumber: TikTok @moonlightflower7_

Walau bagaimanapun, pekerja berkenaan dipercayai sudah berpindah ke cawangan lain dan membuatkan Luth tercari-cari ‘uncle mamak’ yang sudah menjadi rakannya itu.

Sebelum ni hari-hari minta pergi mamak sebab ada uncle mamak dia ni. Bila uncle dia pindah branch, dia tercari-cari.

Pengguna TikTok @moonlightflower7_

Demi menggembirakan semula hati anaknya, ibu bapa kepada Luth telah membuat satu kejutan dengan membawanya ke cawangan di mana ‘uncle mamak’ kegemaran kanak-kanak itu bekerja.

Kanak-kanak tersebut dilihat gembira dan tersipu-sipu malu ketika ‘uncle mamak’ kegemarannya cuba berbual dengannya.

Pekerja kedai mamak berkenaan juga terkejut ketika melihat kehadiran Luth dan segera memeluk kanak-kanak itu sambil mengatakan bahawa sudah lama tidak melihat kehadiran si kecil tersebut.

Video ini telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 580,400 jumlah tontonan setakat artikel ditulis.

@moonlightflower7_

Cerita Luth N “Uncle Mamak”, Dorg kenal rapat dah almost 4 tahun.. Itu dia tertanya2 🥹 #fypgirlシ

♬ Kembalikan Senyumku by Bima – B1m4

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Sama Libatkan Hubungan Pekerja Kedai Mamak Dengan Kanak-kanak

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah masyarakat berpendapat kebanyakan pekerja kedai mamak mempunyai hubungan yang mesra dengan kanak-kanak kerana merindukan anak mereka di kampung.

Malah, orang ramai turut berkongsi pengalaman di mana mereka juga mempunyai kisah yang sama selepas mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja di kedai mamak selama bertahun-tahun.

Siap ada yang kenal dengan pekerja kedai mamak dari zaman bujang sehingga sudah beranak-pinak.

“Aku pun ada sorang mamak ni dari zaman bujang sampai ada anak sorang. Kalau ambil order tau tahu aku nak makan minum apa. Bila dapat anak kedua, ingat nak datang tunjuk kat dia, tapi dia dah balik negara dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Selain itu, seorang lagi pengguna media sosial pula berkata hubungan rapat dengan pelanggan juga menyebabkan ada pekerja yang sanggup memanjangkan waktu bekerja mereka semata-mata untuk bertemu dengan anak kecil.

“Ada yang sanggup sambung shift sebab rindu anak dia punya pasal,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @moonlightflower7_

Pekerja Kedai Mamak Siap Mahu Tolong Jagakan Anak Kecil Pelanggan

Terdahulu, pernah tular sebuah video di TikTok (@eijaaaazmi) yang menunjukkan seorang pekerja kedai mamak sedang mendukung bayi perempuan dipercayai anak kepada salah seorang pelanggan mereka.

Lebih menghiburkan lagi, pekerja itu dilihat mendukung anak kecil berkenaan ke hulu ke hilir sambil membawa makanan pelanggan di sebelah tangannya.

Sumber: TikTok @eijaaaazmi

Bukan itu sahaja, pekerja yang lain juga kelihatan mesra dan sempat menghiburkan anak kecil tersebut ketika sedang bekerja.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pekerja Kedai Mamak Jagakan Anak Sementara Pelanggan Makan Raih Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Kedai Mamak Pakai Baju ‘Pick Up Line’ Buat Pelanggan Terhibur

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.