Jenazah Suami Dibakar Walaupun Sudah Peluk Islam, Ini Penjelasan Aktres Indonesia Jennifer Coppen
Jennifer berkata demikian sewaktu upacara menabur abu di Pantai Lembeng, Bali pada Ahad (21 Julai) lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial khususnya di Indonesia berita kematian suami pelakon dari negara seberang, Jennifer Coppen.
Suami Jennifer yang dikenali sebagai Yitta Dali Wassink maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sunset Road, Kabupaten Badung, Bali kira-kira jam 2.00 pagi pada Khamis (18 Julai) lalu.
Berita pemergian ini sememangnya mengejutkan ramai pihak khususnya peminat pasangan itu apatah lagi Dali meninggal dunia dua hari sebelum ulang tahun kelahiran Jennifer.
Namun, apa yang menjadi perhatian apabila jenazah Dali yang dibakar dan tidak diuruskan seperti jenazah Muslim yang lain sedangkan dia baru sahaja memeluk Islam.
Itu Permintaan Suaminya Sendiri
Walau bagaimanapun, Jennifer tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Memetik IDN Times, urusan pengebumian itu merupakan permintaan suaminya sendiri.
“Kenapa Papa Dali dikremasi (dibakar)? Saya mahu minta kalian hargai aja (hormat) keputusan keluarga dan itu merupakan permintaan Papa Dali sendiri,” katanya.
Jennifer berkata demikian sewaktu upacara menabur abu di Pantai Lembeng, Bali pada Ahad (21 Julai) lalu.
Suami Sudah Memeluk Islam
Tegas Jennifer, suaminya itu merupakan seorang mualaf dan masih lagi belajar tentang agama Islam.
“Memang Papa Dali mualaf, dia baru belajar agama Islam, dia belajar. Sebelum makan dia baca Bismillah, sebelum Kamari (anak mereka) makan disuruh baca Bismillah, sebelum masuk rumah dia beri salam, Assalamualaikum.
“Tapi memang mungkin dia belum belajar banyak jadi Papa Dali belum terlalu mengerti tentang agama Islam.
“Dan memang itu permintaan Papa Dali untuk dikremasi (dibakar). Jadi, tolong hargai keputusan Papa Dali. Sekarang dia sudah tenang di sana,” katanya lagi.
Tolak Dakwaan Tidak Buat Tahlil Untuk Arwah
Melalui temu bual itu juga, pelakon filem Akad itu menolak dakwaan yang mengatakan dia tidak mengadakan tahlil buat Arwah suaminya.
Jelasnya, dia mengadakan tahlil di rumah namun tidak dikongsikan di media sosial.
Hasil semakan kami di Instagram story milik Jennifer mendapati dia telah mengadakan tahlil buat Dali di rumah anak-anak yatim ekoran tidak banyak orang Islam di kediamannya serta lokasi yang jauh menyukarkan pergerakan anak-anak yatim itu.
Sekadar info, Dali dan Jennifer mula mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Kehilangan Dali amat dirasai oleh segelintir rakyat Indonesia kerana sering memuat naik kandungan video bersama anak perempuannya itu.