fbpx
Now Reading
“Satu Penghinaan” – Dr Kamilin Tegur Influencer Buka Lagu Jedag Jedug Ketika Ajar al-Quran Secara Live [Video]

“Satu Penghinaan” – Dr Kamilin Tegur Influencer Buka Lagu Jedag Jedug Ketika Ajar al-Quran Secara Live [Video]

Menurut Dr Kamilin, kaedah atau cara yang digunakan untuk mendekati anak muda namun mendatangkan kemurkaan Allah SWT perlulah diubah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, di zaman ini terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh orang ramai dalam berkongsi atau mengajar sesuatu termasuk melalui media sosial.

Tidak hanya itu, ada juga yang melakukan sesi siaran langsung (live) di platform-platform media sosial untuk mengajar sambil boleh berkomunikasi secara terus dengan pengikut-pengikutnya.

Pun begitu, bagi pengajaran agama mahupun al-Quran, semestinya sesi itu perlu mengutamakan dan menjaga adab serta tidak melebihi batasnya.

Dr Kamilin tegur influencer ajar al-Quran di TikTok, buka lagu jedag jedug – SH

Seperti baru-baru ini, seorang pendakwah, Dr Kamilin Jamilin telah menegur seorang influencer yang tular mengajar al-Quran secara ‘live’ di TikTok dan membuka lagu jedag jedug.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @drkamilinjamilin, Dr Kamilin menyatakan beliau sebagai seorang yang terlibat dalam industri al-Quran berasa agak sedih dan kecewa dengan perbuatan individu terbabit.

Perbuatan sedemikian umpama menghina al-Quran – SH

Menurutnya, perbuatan sedemikian merupakan satu penghinaan kepada al-Quran dan mencemarkan kemulian pengajian kitab suci terbabit.

“Kalau kita tengok apa yang ulama sebut, antara muzik sebegitu dengan al-Quran tidak boleh bercampur.

“Ibarat Imam Syafie sendiri berkata, muzik sebegitu boleh menumbuhkan nifaq (munafik) dalam hati, macam mana nak bercampur antara cahaya Allah dan kegelapan sebegini (muzik),” katanya.

Menurutnya lagi, kaedah atau cara yang digunakan untuk mendekati anak muda namun mendatangkan kemurkaan Allah SWT perlulah diubah.

“Jangan kita sampai ke satu tahap yang kita menjatuhkan ataupun mencemarkan al-Quran itu sendiri dengan kaedah yang kita sangka untuk menarik minat daripada manusia,” katanya lagi.

Asingkan antara al-Quran dan juga muzik

Berkongsi lanjut, beliau menasihati orang ramai agar mengasingkan antara pengajian kitab al-Quran dan juga muzik.

Ujar Dr Kamilin lagi, umat Islam yang sering mendedahkan diri kepada muzik secara tidak langsung akan mempunyai kesukaran untuk menghafal al-Quran

“Cuba cari orang yang memang minat gila-gila pada muzik, orang itu boleh jaga 30 juzuk al-Quran, memang kita tak jumpa, susah kita nak jumpa,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Kamilin tidak mendedahkan secara terperinci influencer yang dikatakannya itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.