fbpx
Now Reading
Dedah Pernah Main Mesin Judi, Shuib Akui Kesilapan & Akan Lebih Berhati-hati

Dedah Pernah Main Mesin Judi, Shuib Akui Kesilapan & Akan Lebih Berhati-hati

Shuib bagaimanapun berharap orang ramai dapat menonton podcast terbabit secara penuh sebelum menghukum dirinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan, Shuib teruk menerima kecaman ramai selepas dia mendedahkan pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, membuat pendedahan itu menerusi satu sesi audio siar, Dol’s Podcast bersama pelawak, Shuk Sahar dan penyampai radio, Fizie.

Kebanyakan orang mengecam pendedahan Shuib itu kerana menyifatkan pelawak terbabit sebagai membuka aibnya sendiri yang selama ini telah ditutup oleh Allah SWT di dalam podcast bertajuk ‘Shuib buat pengakuan, cuci 10 bos’.

Shuib akui kesilapan, mohon maaf kepada semua

Terbaharu, Shuib mengaku kesilapannya dan memohon maaf atas keterlanjuran berkongsi kisah silamnya terbabit.

Menurutnya, kisah membuka aib tidak seeloknya didedahkan secara terbuka walaupun dengan tujuan memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.

“Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.

“Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam,” katanya dipetik Harian Metro.

Shuib harap orang ramai tonton video penuh sebelum menghukum dirinya

Malah Shuib berharap orang ramai dapat menonton podcast terbabit secara penuh sebelum menghukum dirinya.

“Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.

“Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.

“Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.

“Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran,” katanya lagi.

Video penuh podcast pendedahan shuib

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.