Ibu Bapa Naik Motosikal Roda Tiga Untuk Hantar Anak Ke Asrama Buat Ramai Sebak [Video]
Aliyah mendoakan pelajar tersebut berjaya suatu hari sekaligus dapat membantu kedua ibu bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pendidikan merupakan perkara yang sangat penting untuk setiap orang.
Oleh itu, setiap ibu dan ayah pasti akan berusaha sehabis baik untuk memastikan anak mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik walaupun ada yang berdepan kekangan.
Ini kerana hanya ilmu, adab dan usaha yang mampu mengubah kehidupan seseorang untuk berjaya di masa hadapan.
Suami isteri hantar anak ke asrama naik motosikal roda tiga raih perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh sepasang suami dan isteri yang terpaksa menghantar anak menggunakan motosikal roda tiga sehingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aliyah Musa di TikTok, pada mulanya dia hanya bersiar-siar di sekitar kawasan istana sebelum terlihat tiga beranak berkenaan.
Wanita sedih lihat kegigihan tiga beranak
Namun sebaik melihat tiga beranak itu, hatinya mula berasa sedih dan sebak selepas melihat ibu bapa berkenaan gigih menghantar anaknya ke asrama dengan menaiki motosikal roda tiga.
Turut kelihatan anak perempuannya yang dikenali sebagai Shima lengkap berpakaian asrama serta tudung sekolah berwarna putih sedang duduk di dalam bakul roda tiga (Motorcycle sidecar) itu.
Malah Aliyah turut memerhatikan pelajar perempuan berkenaan sehingga dia masuk ke pagar asrama sekolah selepas dihantar oleh ibu bapanya.
Doa pelajar perempuan menjadi seorang insan yang berjaya suatu hari nanti
Aliyah turut mendoakan agar remaja perempuan itu berjaya dan menjadi anak solehah serta dapat membahagiakan kedua ibu bapa.
“Ronda-ronda ke istana, nampak pakcik dan makcik ni hantar anak ke asrama. Sedih, sebak semua ada, sebab kita rasa kita dah susah sangat.
“Tapi ada yang lebih susah dari hidup kita. Untuk adik Shima akak doakan adik berjaya suatu hari nanti. Jadi anak yang solehah, belajar pandai-pandai tau. Nanti jaga mak ayah dan bahagiakan mak ayah.
“Semoga dipermudahkan urusan adik sekeluarga di dunia dan juga akhirat,” katanya di ruang kapsyen.
Pelajar dipercayai bersekolah di sebuah madrasah di Perak
Melihat di ruangan komen, ada yang memaklumkan pelajar itu belajar di sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Perak.
Namun ada netizen yang mendakwa remaja itu juga dikenali sebagai Mila dan terkenal sebagai seorang anak yang baik.
Tidak kurang juga ada yang memberi semangat kepada adik tersebut untuk tidak malu dengan keadaannya kerana kelak ia bakal menjadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya.
Seorang pendidik kepada Mila juga memaklumkan remaja itu berada di tingkatan 4 dan merupakan seorang anak yang solehah selain menjadikan kekurangan ibu bapanya sebagai kekuatan untuk berjuang.