fbpx
Now Reading
Lelaki Di Jepun Sanggup Berjimat 21 Tahun Untuk Bersara Awal & Kini Miliki Simpanan RM4 Juta

Lelaki Di Jepun Sanggup Berjimat 21 Tahun Untuk Bersara Awal & Kini Miliki Simpanan RM4 Juta

Menurut lelaki berkenaan, dia juga hanya menikmati plum masam, semangkuk nasi dan ‘sayur masin’ sebagai hidangan makan malam untuk berjimat cermat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang sudah bekerja pastinya ingin meraikan diri sendiri selepas penat memerah tenaga untuk bekerja pada setiap hari.

Oleh itu, apabila tiba sahaja waktu gaji ada yang memilih untuk memberikan ‘self-reward’ kepada diri sendiri seperti membeli makanan yang sedap atau barangan yang disukai.

Lelaki Jepun sanggup berjimat cermat demi capat cita-cita bersara awal dan bebas kewangan

Namun berbeza dengan seorang lelaki di Jepun ini apabila dia sanggup mengikat perut dan berjimat selama 21 tahun demi mencapai cita-cita untuk bersara di usia yang awal.

Malah dia juga mempunyai sasaran untuk menyimpan sekitar 100 juta yen (RM2.9 Juta) untuk bersara awal.

Mula berjimat selepas berjaya mendapatkan kerja stabil

Lelaki yang tak dikenali berusia 45 tahun mula melakukan pelan untuk berjimat pada awal tahun 2000 selepas mendapatkan kerja yang stabil.

Syarikat tempat lelaki tersebut bekerja memerlukan pekerja untuk bekerja lebih masa dan kadangkala ia hingga larut malam. Malah ia sentiasa memainkan kata-kata seperti ‘Hanya dengan kerja keras dan membuat kerja lebih masa anda boleh mencapai kebahagiaan di masa hadapan’.

Memetik laporan South China Morning Post, dalam usaha mencapai impian gaya hidup dalam keadaaan bebas kewangan dan bersara awal, lelaki yang mempunyai pendapatan sebanyak lima juta yen (RM149,532) telah merancang dengan teliti cara untuk menjimatkan sebanyak 100 juta yen secepat yang mungkin.

Dia mula memberikan namanya di dalam talian sebagai ‘lelaki yang akan berhenti (kerja)’ sebagai motivasi.

Tinggal di asrama syarikat, jadikan plum masa, nasi dan sayur masin sebagai makan malam

Untuk lebih dua dekad, lelaki itu tinggal di asrama syarikatnya dan hanya menyewa sebanyak 30,000 yen (RM888) untuk sebulan selain turut menggunakan peralatan serta perabot rumah yang telah dibuang oleh pemilik asal.

Manakala untuk makanan pula dia hanya mengambil plum masam, semangkuk nasi dan beberapa ‘sayur masin’ sebagai hidangan makan malam.

Adakalanya dia hanya mengambil minuman tenaga yang didapatkan dari kedai serbaneka memggunakan mata percuma.

Biskut dan minuman berkabornat sebagai alternatif makan malam sambil tonton filem penjara

Selain itu, dia juga akan mengambil minuman berkabornat seperti cola dan biskut sebagai hidangan malam sambil menonton filem bertemakan penjara dan berseloroh ia seperti kehidupannya dalam syarikat itu. Di mana ia tiada beza seperti menjalani penjara selama 20 tahun.

Selepas alat elektronik gelombang mikronya rosak, lelaki terbabit telah menukarkan makanannya dengan memakan keledek dari musim sejuk sehingga panas. Ketika musim panas pula dia menggunakan suhu panas cuaca berkenaan untuk memasak menggunakan cermin depan kereta rakan kerjanya.

Tak guna penghawa dingin atau pemanas, sejukkan badan guna kemeja-t basah

Bukan hanya itu, antara cara lain untuk dia berjimat dia juga tidak menggunakan sebarang penyaman udara mahupun pemanas sebaliknya hanya menyejukkan badan dengan kemeja-t basah di musim panas.

Pada musim sejuk pula, lelaki Jepun terbabit menggerakkan badan dengan melakukan squat untuk memanaskan badannya.

Berjaya kumpul sekitar RM4 juta lepas kerja 20 tahun, upgrade kehidupan makan 4 biji telur untuk sarapan pagi

Walau bagaimanapun, usahanya itu menunjukkan hasil apabila pada awal tahun ini lelaki itu telah berjaya mencapai sasaran simpanannya sebanyak 135 juta yen (RM4 juta) selepas bekerja selama 20 tahun dan 10 bulan di syarikat tersebut. Malah perkara itu turut dihebahkan di media sosialnya.

Dalam pada itu, usahanya dalam melakukan gaya hidup yang berjimat cermat juga telah memberikan inspirasi buatnya untuk menulis buku berkaitan tips menyimpan duit dan ia juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan lain.

Selepas berjaya mencapai kewangan yang bebas, kehidupannya kini lebih baik. Malah dia juga menikmati empat biji telur untuk sarapan pagi dan membeli microwave agar dapat menikmati makanan panas.

Walau bagaimanpun kegembiraannya itu tidak kekal lama apabila baru-baru ini dia memaklumkan simpanan menyusut secara mendadak ekoran nilai Yen yang jatuh sejak awal tahun.

“Sekiranya nilai Yen terus menyusut, saya tidak akan pernah mencapai impian untuk mempunyai kewangan yang bebas. Apa yang saya usahakan selama 21 tahun adalah sia-sia. Ia sangat tragis,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.