fbpx
Now Reading
Nilai Pakaian Wanita Termasuk Aksesori Berharga Lebih RM19,500 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Nilai Pakaian Wanita Termasuk Aksesori Berharga Lebih RM19,500 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Ketika ditanya berapakah harga cincin dan gelang emas yang dipakai, wanita yang digelar sebagai aunty itu mendedahkan kedua-duanya berjumlah RM12,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan pencipta kandungan atau content creator pada masa kini tampil dengan idea kreatif tersendiri.

Ada yang menghasilkan video dengan kesan khas yang unik ada juga yang melibatkan temu bual bersama orang ramai.

Apabila menyebut tentang temu bual, lazimnya konten tersebut menguji individu tentang pengetahuan am atau berkaitan keluarga dan pasangan.

Namun, berbeza pula dengan kandungan yang dicipta oleh seorang pengguna TikTok ini yang bertanyakan harga pakaian yang dipakai oleh individu yang ditemuinya secara rawak.

Nilai Pakaian Sahaja Dah Cecah RM525

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @yanieserapod, pengguna TikTok yang dikenali sebagai Yanie itu sedang bertanyakan nilai pakaian yang dipakai oleh seorang wanita.

Yanie dilihat mendekati wanita yang dipercayai berumur dalam lingkungan 40-an bagi bertanyakan harga pakaian yang sedang dipakainya.

Wanita yang digelarkan sebagai aunty itu dengan mudahnya memberitahu setiap harga pakaian seperti kasut, seluar, baju dan tudung yang sedang dipakai.

“Kasut RM420, seluar RM69 macam tu, baju murah je RM21, tudung RM15,” jawab wanita berkenaan.

Ini menunjukkan jumlah nilai pakaiannya sahaja telah mencecah RM525.

Harga Barang Kemas Lebih RM15,000

Apa yang menjadi perhatian adalah nilai aksesori barang kemas dipakai oleh aunty berkenaan yang berharga ribuan ringgit.

Ketika Yanie bertanyakan berapa harga cincin dan gelang emas yang dipakai, aunty tersebut mendedahkan kedua-duanya berjumlah RM12,000.

Malah, dia juga turut mendedahkan nilai rantai emas yang sedang dipakai pada ketika itu berharga RM7,000.

Jawapan itu nyata mengejutkan Yanie yang tidak menyangka keseluruhan nilai outfit yang diperagakan oleh individu tersebut keseluruhannya melebihi RM19,500.

“Aunty ni pakai total (jumlah) semua RM19,531 guys,” kata Yanie.

Video Berasingan Ada Yang Mencecah Bawah RM1,000

Menerusi video berasingan, ada individu yang ditemu bual mendedahkan nilai outfit yang dipakai mencecah kurang daripada harga RM1,000. Namun, kebanyakannya melebihi RM1,000 dan ada yang mencecah lebih RM4,000.

Pengguna TikTok Beri Pelbagai Reaksi

Video yang mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok terkejut mendengar nilai outfit termasuk aksesori yang dipakai oleh aunty berkenaan.

Malah, ada yang memuji wanita itu kerana bijak melaburkan wangnya ke barang kemas yang dianggap untung bagi setengah pihak.

Namun, ada juga yang mempertikaikan tindakan Yanie bertanyakan nilai barang kemas. Ini kerana segelintir mereka berpendapat barang kemas tidak sepatutnya dimasukkan dalam perkiraan tersebut.

Ada juga yang berpendapat perbuatan mendedahkan nilai barang kemas dianggap berbahaya kerana dilihat boleh menarik perhatian individu tidak berniat baik.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Stylo La Aunty”

“Perempuan Tak Kisah Baju Murah, Tudung Murah, Emas Tu Aset Pelaburan Kita Tau”

“Dah Ada Emas Memang La, Tak Yah Nak Buat Terkejut”

“Bahayalah Duk Bagitahu Jumlah Emas Itu Kepada Public”

“Termasuk Emas Memanglah Sampai Ribu-Ribu, Ramai Je Macam Ni”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Selimut Kampung Opah Aku” – Harga Dress Rianna+Nina RM24,786 Jadi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Ikea Pun Bahan!” – Skirt Tuala Mandi Balenciaga Raih Perhatian, Dijual Pada Harga RM4,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.