fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Menu Makanan Di Kantin Sekolah Seperti Bufet Hotel [Video]

Ramai Teruja Menu Makanan Di Kantin Sekolah Seperti Bufet Hotel [Video]

Menerusi video reviu oleh Cikgu Siti itu, kelihatan kantin sekolah berkenaan menyediakan pelbagai jenis menu makanan untuk dihidangkan kepada para pelajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan makanan di sekolah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting buat para pelajar.

Ini kerana, ada segelintir daripada pelajar mungkin baru bersarapan pagi pada waktu rehat dan pastinya mereka memerlukan makanan yang berkhasiat dengan nutrisi lengkap.

Oleh itu, kebanyakan pihak kantin sekolah akan mempelbagaikan menu makanan agar dapat memberi banyak pilihan kepada pelajar sesuai dengan selera mereka.

Guru reviu menu makanan di SMK Saujana Utama 1

Baru-baru ini, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama 1 di Kuala Selangor telah membuat reviu makanan di kantin sekolah berkenaan sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video di TikTok, pengajar yang dikenali sebagai Cikgu Siti telah menunjukkan satu persatu stesen makanan yang ada di kantin berkenaan.

Awalnya dia menunjukkan stesen Marvelous di mana ia menyajikan menu makanan seperti Spicy Korean Chicken dan Chicken Butter Milk bersama nasi. Harga untuk setiap menu ayam di stesen ini berharga RM4 dan nasi RM1.

Seterusnya di stesen kedua iaitu Must Try pula menyediakan makanan seperti Sup Cendawan berharga RM4 serta Kebab Ayam juga dijual dengan harga sama.

Kebab dimasak panas-panas

Malah guru tersebut turut menunjukkan inti kebab ayam itu dimasak secara live sebelum pekerja kantin memasukkannya ke dalam roti. Turut kelihatan pelajar yang memilih untuk membeli kebab sebagai makanan pilihan ketika waktu rehat.

Selain itu, kantin ini turut mempunyai menu spesial yang dipercayai ditukar setiap hari di stesen Today Special yang menyajikan makanan seperti Creamy Macaroni Pesto (RM4), Bihun Tomyam (RM3), Buah potong (RM2) dan juga Puding (RM2).

Ada menu nasi berlauk untuk pelajar yang sukakan masakan Melayu

Apa yang lebih menarik, selain menu western, Thai, dan Korea, kantin ini turut menyediakan menu nasi berlauk buat pelajar. Antara menu yang disajikan untuk nasi berlauk adalah Ayam Goreng Mamak, Ulaman, dan juga Sambal Belacan. Set ini hanya dijual pada harga RM4.

“Ha ini kalau anak-anak murid cikgu yang perut (citarasa masakan) Melayu, pemakan nasi berlauk,” ujarnya sambil menunjukkan lauk-lauk di stesen Jom Beli. Selain itu, dapat dilihat kawasan kantin juga bersih dan selesa untuk para pelajar.

Ramai teruja lihat menu kantin sekolah, siap ada yang nak datang makan

Melihat di ruangan balas, ramai yang teruja melihat menu yang disediakan oleh pihak kantin.

Malah ada juga yang bertanya adakah boleh sekiranya orang luar ingin berkunjung ke kantin sekolah berkenaan untuk membeli makanan.

Namun Cikgu Siti menjelaskan para pelajar di sekolah berkenaan sahaja sudah berjumlah 4,000 di mana kehadiran mereka mungkin akan menyebabkan makanan tidak cukup.

Ada juga yang berseloroh meminta Cikgu Siti untuk berpindah ke sekolah mereka dan membuat masakan seperti di sekolah tersebut, namun dia menjawab tugasnya bukanlah memasak.

“Macam ni gaya kantin hidang dan masak. Kita sebagai ibu bapa pun gembira mungkin siap suruh belikan tapau (bungkus)”

“Orang luar boleh masuk makan tak cikgu? Bestnyaa”

“Rasanya cikgu boleh pindah ke sekolah anak saya dah kot”

“Jangan cikgu kang kita orang berkampung ke sekolah ni karang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.