fbpx
Now Reading
Apa Hukum Tahan Kentut Ketika Solat? Ini Penjelasannya [Video]

Apa Hukum Tahan Kentut Ketika Solat? Ini Penjelasannya [Video]

Adalah lebih baik sekiranya mengeluarkan terlebih dahulu kentut, membuang air kecil atau besar agar dapat khusuk ketika solat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam pasti mengetahui syarat sah serta perkara yang boleh menyebabkan solat terbatal.

Antara perkara yang boleh membatalkan solat adalah keluar hadas besar atau kecil, ketawa, berbual, makan, minum, terkentut dan sebagainya.

Semua perkara yang membatalkan solat ini adalah penting. Oleh itu, ada segelintirnya sanggup menahan diri daripada melakukan perkara berkenaan seperti menahan kentut dan sebagainya.

Apa hukum tahan kentut ketika solat?

Namun baru-baru ini, akaun TikTok Masjid Bandar Seri Putra telah memuat naik satu video sketsa dan menjelaskan apakah hukumnya jika menahan kentut sewaktu mendirikan solat.

Menerusi video yang dimuat naik, awalnya kelihatan seorang lelaki telah melepaskan hajatnya dengan mengeluarkan angin (kentut) dari badan sebaik selesai memberikan salam selepas solat.

Seorang lagi individu yang mendengar bunyi kentut itu kemudian bertanya adakah perbuatan (kentut) itu dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Adalah lebih baik untuk mengeluarkan dahulu angin

Individu itu kemudian bertanya kepada lelaki yang dikenali Azizi adakah dia sudah lama menahan kentut tersebut selain menasihatkannya selepas ini adalah baik jika angin itu dikeluarkan terlebih dahulu.

Bimbang dengan perkara itu, Azizi kemudian bertanya adakah dengan menahan kentut sewaktu sedang sembahyang akan menyebabkan solatnya terbatal.

Tak terbatal tetapi makruh

Individu itu kemudian menjawab ia tidak terbatal selagi ia tidak mengeluarkan bunyi, atau bau ia masih sah.

“Cumanya menurut jumhur ulama, makruh hukumnya kita tahan kentut. Sebab ianya boleh mengganggu khusyuk kita dalam solat.

“Tapi ada waktu tertentu juga. Kalau waktu solat tu panjang lagi bolehlah kita keluar daripada solat namun kalau waktu solat tu dah hujung-hujung daripada kita nak ambil wuduk balik, nak solat balik dan habis waktu solat maka solat tetap wajib diteruskan,” ujarnya dalam video tersebut.

Agar fokus tak terganggu ketika solat

Malah dia turut menasihatkan untuk ‘menyelesaikan’ segala perkara diinginkan seperti kentut, membuang air kecil mahupun besar terlebih dahulu agar ia tak mengganggu fokus seseorang untuk mendirikan solat.

“Tiada solat (tiada kesempurnaan) ketika makanan dihidang dan juga ketika keadaan seseorang itu menahan diri daripada hadas,” – Riwayat Muslim (560).

Melihat di ruang komen ramai yang terhibur dengan sketsa tersebut selain mengakui mendapat ilmu dari video itu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi adakalanya rasa ingin mengeluarkan angin (kentut) itu sebaik sahaja mengambil wuduk atau ingin solat.

“Ini tengah solat kadang masa nak ambil wuduk tulah macam taufan, tornando dalam perut. Sebelum nak wuduk tu tak ada nak kentutnya”

“Pengajaran di sini, mengakulah bila anda kentut”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.