Elon Musk Dijemput Dengar Ucapan Netanyahu Lepas Umum Starlink Aktif Di Hospital Di Gaza [Video]
Kunjungan Netanyahu pada Kongres di Amerika Syarikat itu telah mencetuskan protes terhadap tindakan kecam Israel terhadap penduduk di Gaza.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Ketua Pengarah Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk mengumumkan rangkaian internet Starlink telah diaktifkan di sebuah hospital di Semenangjung Gaza.
Meskipun inisiatif itu dilaksanakan dengan sokongan Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), orang ramai dilihat tetap memberi pujian kepada jutawan itu kerana sudi membantu menghidupkan semula rangkaian internet di sana.
Internet berkelajuan tinggi itu akan membolehkan perundingan perubatan yang berpontesi dapat menyelamatkan nyawa melalui panggilan video secara langsung.
Starlink is now active in a Gaza hospital with the support of @UAEmediaoffice and @Israel
— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2024
Tular Elon Musk dijemput dengar ucapan Netanyahu di kongres US Capitol
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu tular pula Elon Musk dijemput menghadiri Kongres Amerika Syarikat (AS) di Capitol pada semalam (24 Julai).
Apa yang mengejutkan, kedatangan Elon Musk adalah atas jemputan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang turut dijemput untuk memberi ucapan.
Kunjungan Netanyahu itu telah mencetuskan protes terhadap tindakan Israel di Gaza selain ahli politik juga berbelah bahagi dan mempersoal tentang keperluan menjemput pemimpin tertinggi Israel itu.
Musk sebelum ini bertemu Netanyahu di Israel untuk menangani tuduhan antisemitisme selepas menyokong hantaran kontroversi di X yang mendakwa bangsa yahudi membenci orang kulit putih.
Elon Musk is at the US Capitol and has confirmed he will be attending Benjamin Netanyahu’s address to Congress as his guesthttps://t.co/gM5euhyvZZ pic.twitter.com/agZ8FVaDZU
— Afshin Rattansi (@afshinrattansi) July 24, 2024
Kunjungan Musk ke Israel bantu mudahkan Starlink dipasang di Gaza
Malah laporan media barat menyebut kunjungan Musk itu juga memudahkan perkhidmatan Starlink dipasang di Gaza sekaligus mencerminkan kawalan negara penceroboh itu terhadap teknologi komunikasi di Palestin.
Kemunculan Musk sebagai tetamu Netanyahu juga seolah-olah satu petanda yang dia semakin selari dengan parti Republikan, sementara ramai dari Demokrat mengkritik tindakan Netanyahu.
Ahli undang-undang progresif seperti Alexandria Ocasio-Cortez turut mengecam Netanyahu dengan menggelarnya sebagai “penjenayah perang.”
Musk sokong kempen pilihan raya Donald Trump
Sebelum ini juga, Musk dilihat menyokong kempen pilihan raya Donald Trump selain memberi nasihat kepada bekas presiden AS itu untuk memilih JD Vance, Senator Ohio sebagai pasangannya dari parti Republikan menjelang pilihan raya presiden.
Bagaimanapun, beliau menafikan rancangannya untuk menderma sebanyak AS$45 juta setiap bulan kepada jawatankuasa tindakan politik pro-Trump.
Musk mempunyai sejarah hubungan dengan pemimpin sayap kanan seperti Presiden Argentina Javier Millei, Perdana Menteri India Narendra Modi, dan bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro.