fbpx
Now Reading
“Saya Bersedia Dikompaun” – Senator Mohon Maaf, Tular Kereta Miliknya Parkir Di Laluan Pejalan Kaki

“Saya Bersedia Dikompaun” – Senator Mohon Maaf, Tular Kereta Miliknya Parkir Di Laluan Pejalan Kaki

Senator Mohd Hasbie Muda mengakui kenderaan tersebut adalah miliknya sekali gus memohon maaf kerana parkir di kawasan yang tidak sepatutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (24 Julai), tular di media sosial gambar yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik seorang ahli politik yang diparkir di laluan pejalan kaki di sekitar ibu negara.

Perkara tersebut mula ditularkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Jimmy Naj menerusi ciapan di akaun X miliknya.

Kereta parkir di laluan pejalan kaki didakwa milik Ahli Parlimen Malaysia

Naj mendakwa kereta tersebut adalah milik seorang Ahli Parlimen Malaysia berdasarkan crest atau logo yang tertera di atas nombor pendaftaran kereta jenis Proton X90 itu.

“Kereta Ahli Parlimen Malaysia, parkir atas laluan pejalan kaki. Gaji banyak, elaun kereta dapat, pergi lah dekat tempat parkir berbayar,” ciapnya.

Tidak lama kemudiannya, seorang pengguna X mendakwa nombor pendaftaran kenderaan tersebut adalah milik Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda.

Hasbie Muda akui kenderaan itu miliknya, mohon maaf dan sedia dikompaun

Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu kemudiannya menerusi ciapan balas telah mengakui kenderaan tersebut adalah miliknya dan memohon maaf atas perkara tersebut.

“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu berjanji bahawa kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi dan bersedia untuk dikenakan kompaun atas kesalahan terbabit.

Orang ramai beri kecaman, persoal kenapa tak parkir di kawasan berbayar

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi kecaman terhadap tindakan Hasbie itu yang sesuka hati memarkir kenderaan miliknya di kawasan yang tidak sepatutnya.

Bahkan, orang ramai turut mempersoal kenapa wakil rakyat itu tidak memarkir kereta terbabit di kawasan parkir berbayar.

Pun begitu, ada juga segelintir individu yang memberi pujian kepada Hasbie kerana berani tampil mengakui kenderaan tersebut adalah miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.