fbpx
Now Reading
Tular Video Polis Di Manchester Sepak & Cederakan Orang Awam [Video]

Tular Video Polis Di Manchester Sepak & Cederakan Orang Awam [Video]

Susulan daripada kejadian polis mencederakan orang awam, seorang anggota telah ‘dikeluarkan’ daripada operasi kerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (24 Julai), tular video di X memaparkan tindakan sekumpulan polis yang bertindak mencederakan orang awam ketika berada di Lapangan Terbang Manchester.

Menerusi video tular, kelihatan beberapa anggota polis berkenaan awalnya mendekati beberapa individu yang berada di lapangan terbang berkenaan sebelum keadaan menjadi kucar-kacir.

Polis hentak lelaki yang terbaring di atas lantai

Malah dalam video sama seorang anggota polis turut dilihat menendang serta menghentak kepala seorang lelaki yang terbaring di atas lantai.

Manakala seorang lagi anggota polis yang lengkap beruniform dilihat mengacukan taser terhadap lelaki sama sebelum memukulnya sebanyak dua kali.

Selepas itu kelihatan beberapa pihak berkuasa lain turut menjerit kepada orang ramai yang melihatnya agar berdiam diri.

Memetik BBC, Polis Greater Manchester (GMP) memaklumkan pegawai bersenjata turut berkasar sewaktu sewaktu melakukan penahanan ekoran pergaduhan yang berlaku di Terminal 2 lapangan terbang pada 23 Julai.

Insiden polis cederakan orang awam undang kemarahan ramai sehingga membuat protes

Penularan video insiden turut mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga ada kumpulan yang membuat protes di luar balai polis di Rochdale, Greater Manchester, pada 23 Julai.

Menurut Manchester Evening News, salah seorang penunjuk perasaan telah memaklumkan kepada orang ramai mereka ‘tidak lagi akan berdiam diri dengan kekejaman polis’

“Protes yang diadakan malam tadi (23 Julai) di luar Balai Polis Rochdale berhubung respon kami di Lapangan Terbang Manchester telah berakhir dengan selamat tanpa insiden,” ujar Penolong Ketua Konstabel Wasim Chaudhry dalam satu kenyataan yang diperoleh awal 24 Julai oleh BBC News.

Seorang pegawai digantung kerja

Sebelum ini GMP menjelaskan seorang pegawai telah ‘dikeluarkan’ daripada tugas dan dirujuk ke Pejabat Bebas Tatakelakuan Polis (IOPC) mengenai kejadian tersebut.

“Kami tahu video melibatkan insiden di Lapangan Terbang Manchester telah menular dengan meluas dan ia benar-benar mengejutkan. Malah orang ramai benar-benar mengambil berat mengenainya.

“Penggunaan kekerasan sebegitu dalam tangkapan adalah kejadian luar biasa dan yang kami faham menimbulkan kebimbangan.

“Seorang pegawai lelaki telah dikeluarkan daripada tugas operasi dan kami membuat rujukan sukarela respons kepolisan kami kepada Pejabat Bebas Kelakuan Polis.”

Akan buat keputusan untuk tindakan lanjut selepas merujuk GMP

IOPC mengatakan ia akan merujuk GMP dan memutuskan apakah tindakan lanjut yang akan diambil.

Menurut jurucakap, pegawai bersenjata telah dipanggil ke lapangan terbang sekitar jam 8.25 malam (waktu tempatan) pada 22 Julai selepas laporan pertengkaran oleh orang awam.

Tambahnya lagi, tiga pegawai ‘ditumbuk ke lantai dalam serangan tersebut sewaktu mereka cuba menangkap salah seorang suspek’.

“Memandangkan pegawai yang datang adalah pegawai bersenjata, terdapat risiko yang senjata api mereka akan diambil semasa insiden berlaku.”

Berikutan dari insiden tiga pegawai telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan dengan seorang pegawai wanita mengalami patah hidung.

Manakala dua lelaki ditahan kerana disyaki melakukan serangan, menyerang pekerja kecemasan, mengamuk dan menghalang polis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.