fbpx
Now Reading
Anjing Seberat 53.7 KG Maut Gara-gara Terlebih Makan Hingga Hidap Masalah Kesihatan

Anjing Seberat 53.7 KG Maut Gara-gara Terlebih Makan Hingga Hidap Masalah Kesihatan

Anjing bernama Nuggi itu terlalu obes selepas diberi makan lapan hingga 10 ketul ayam sehari bekas pemiliknya di New Zealand.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila memelihara haiwan peliharaan, kita perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka termasuklah dari segi tempat tinggal, makan minum serta kesihatan mental dan fizikal mereka.

Selain manusia, haiwan juga perlu menjaga tahap pemakanan harian kerana dibimbangi boleh mendapat apa-apa masalah kesihatan yang berisiko tinggi sehingga menyebabkan kematian.

Situasi seperti ini dilaporkan berlaku kepada seekor anjing yang dipelihara di New Zealand.


Anjing Peliharaan Diberi Makan Sehingga Cecah Berat 53.7 Kilogram

Menurut laporan dari Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Diraja New Zealand (SPCA), seorang wanita di Auckland, New Zealand mengaku bersalah kerana gagal memenuhi keperluan fizikal, kesihatan dan tingkah laku yang diperlukan oleh anjing peliharaannya.

Haiwan berkenaan berada dalam keadaan terlalu obes selepas diberi makan lapan hingga 10 ketul ayam sehari dan juga biskut harian oleh bekas pemiliknya.

Ketika anjing bernama Nuggi itu diselamatkan pada Oktober 2021, ia dianggarkan memiliki berat sebanyak 53.7 kilogram.

Sumber: SCPA

Nuggi dipercayai terlalu obes sehingga hampir tidak boleh bergerak serta degupan jantungnya juga tidak boleh didengari dengan jelas meskipun menggunakan stetoskop kerana keseluruhan badan telah diselaputi lemak.

Tidak lama selepas itu, anjing berkenaan disahkan meninggal dunia pada Disember 2021 akibat masalah kesihatan.

Hasil bedah siasat mendapati bahawa kematian Nuggi adalah disebabkan oleh pendarahan yang pecah dalam hatinya selain mengalami komplikasi termasuk penyakit hati dan penyakit Cushing.


Wanita Dipenjara Kerana Beri Makanan Berlebihan Kepada Anjing Peliharaan

Susulan itu, wanita tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh mahkamah daerah Manukau di Auckland Selatan akibat kematian anjing peliharannya.

Pemilik Nuggi juga diperintahkan untuk membayar denda berjumlah RM3,387 (NZ$1,222.15) serta tidak dibenarkan untuk memelihara anjing selama setahun.

Sumber: SCPA

Ketua Eksekutif SPCA Todd Westwood juga menceritakan bahawa dia melihat bagaimana anjing tersebut sukar untuk bergerak kerana badannya yang terlalu berat.

Nuggi diberi makan secara drastik iaitu pemiliknya terus memberinya makan secara berlebihan sehingga dia hampir tidak boleh berjalan. Ini tidak boleh diterima. Nuggi terpaksa berhenti tiga kali untuk menarik nafas walaupun hanya berada 10 meter dari tempat dia dikurung.

Ketua Eksekutif SPCA Todd Westwood.

Semasa berada dua bulan di pusat perlindungan haiwan SPCA, Nuggi berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 8.9 kilogram sebelum didapati mati secara mengejut.

Nuggi adalah salah satu haiwan paling gemuk yang pernah kami temui. Dia sangat besar sehingga dia sukar berjalan dan dia jelas menderita akibat berat badan terlampau berat.

Ketua Eksekutif SPCA Todd Westwood.

Westwood turut menyifatkan perkara yang berlaku ini sebagai sesuatu yang menyayat hati kerana melihat haiwan berkenaan tidak berdaya kerana diberikan makanan yang terlalu banyak.


Makanan Yang Berbahaya Untuk Anjing

Sumber: Pexels

Apabila terlihat anjing jalanan yang terbiar dalam keadaan lemah di tepi jalan, rasa macam tak sampai hati pula tengok mereka.

Sesetengah individu akan mengambil inisiatif untuk memberikan makanan kepada mereka. Tetapi hati-hati ya, kerana ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh haiwan tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan kesihatan.

Antaranya:

  • Coklat
    • Kandungan kafein dan theobromine pada coklat boleh mengakibatkan sakit peraut, muntah, dehidrasi, kejang dah suhu badan anjing meningkat.
  • Susu sapi
    • Boleh menyebabkan anjing muntah, diarrhea dan masalah pencernaan kerana tidak memiliki enzim untuk mengurai gula dalam susu.
  • Kacang Macademia
    • Boleh mengakibatkan anjing kelemahan dan lumpuh terutamanya di bahagian kaki belakang.
  • Avokado
    • Kandungan persin dalam buah, daun, biji, serta kulit avokado boleh menyebabkan anjing mengalami sakit perut dan sukar untuk bernafas.
  • Keju
    • Keju mengandungi gula dan lemak yang ada pada susu yang tidak dapat dicerna oleh anjing.

Baca Artikel Berkaitan: Anjing Terbiar Setiap Hari Diberi Nasi Lemak. Sampai Berisi Badan!

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.