Bapa Zulfarhan Dedah Tiada Seorang OKT Datang Mohon Maaf [Video]
Menurut Zulkarnain Idros, selain pesalah ibu bapa mereka juga tiada yang tampil memohon maaf kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes mengenai Bekas Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain mula mendapat perhatian selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap enam tertuduh.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai mula membincangkan semula kronologi kes membabitkan Allahyarham yang berlaku pada 7 tahun lalu.
Malah ada juga yang meminta pihak yang menerima surat layang dan juga bomoh yang terpalit dalam kes itu dikenakan tindakan.
Bapa Zulfarhan dedah tiada pesalah yang tampil mohon maaf berhubung insiden yang berlaku
Terbaharu, bapa kepada Zulfarhan turut mendedahkan tiada seorang pun daripada pesalah yang pernah tampil memohon maaf kepada mereka.
Perkara itu dimaklumkan oleh bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros ketika ditemubual oleh stesen radio Era pada pagi tadi.
Menerusi video tersebut Nami bertanya berapa ramaikah yang tampil kepadanya untuk memohon maaf sebelum bapanya menjawab tiada seorang pun yang memohon maaf.
“Sebenarnya tiada seorang, 19 orang tu pun tidak ada kecuali Orang Kena Tuduh (OKT) 330 yang bebas pada hari keputusan di Mahkamah Tinggi yang mana tertuduh tidak perlu membela diri.
“Dia datang pun kerana terlepas daripada membela diri,” katanya dalam satu video dimuat naik Era di TikTok.
Ibu bapa pesalah juga tidak tampil mohon maaf
Selain itu, Hawa Rizwana juga ada bertanya baru-baru ini selepas hukuman dijatuhi mahkamah adakah ibu bapa kepada pesalah ada memohon maaf kepada kedua ibu bapa Zulfarhan seperti menerusi WhatsApp atau sebagainya.
“Memang tidak ada.
“Macam mana nak WhatsApp, nombor telefon saya pun dia tiada. Kita selama tujuh tahun di Mahkamah Tinggi sampai Mahkamah Rayuan ini bertembung (dengan ibu bapa). Kadang-kadang samapi berlaga bahu, selisih dalam mahkamah kerana ruang yang kecil,” jelasnya lagi.
Ucap terima kasih kepada individu yang memberi surat layang & ingin berjumpa jika ada kesempatan
Dalam temubual sama, bapa kepada Zulfarhan turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menulis surat layang kerana cuba menyelamatkan anaknya.
Malah Zulkarnain turut meminta individu itu untuk menghubunginya jika berkesempatan.
“Saya lebih suka kalau dia jumpa saya, kita berbual atau boleh jumpa di mana-mana jika ada kelapangan.”
Dia juga mendedahkan sebenarnya terdapat dua surat layang yang diberikan oleh individu berkenaan untuk membantu anaknya.