Kes Bunuh Zulfarhan: “Ambil Iktibar Atas Apa Terjadi” – Tengku Ampuan Pahang Titip Pesan Kepada Pelajar Universiti [Video]
Tunku Azizah Aminah bertitah demikian dalam Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gambang semalam (25 Julai).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain sememangnya menjadi perhatian ramai pihak.
Sejak Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam orang tertuduh pada 23 Julai lalu, majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini berpuas hati dan bersyukur dengan keputusan tersebut.
Ini kerana kebanyakannya menyifatkan perbuatan enam bekas pelajar UPNM yang juga merupakan rakan Zulfarhan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malah, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail juga menyifatkan perbuatan itu sebagai jenayah kejam yang amat jarang ditemui.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung
Mohon Pelajar Universiti Ambil Iktibar Kes Zulfarhan
Bukan sahaja rakyat Malaysia, kes Zulfarhan turut mendapat perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @kesultanan.pahang, Tunku Azizah dalam satu ucapan sempat menitipkan pesanan buat pelajar baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Baginda menasihatkan agar pelajar universiti berkenaan mengambil iktibar atas kejadian buli yang menimpa pelajar UPNM itu.
“Saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua anak-anak yang baru masuk ini kerana baru-baru ini anda semua telah baca dalam surat khabar mengenai apa yang telah terjadi tujuh tahun lalu di UPNM. Jadi saya harap ambillah iktibar apa yang telah terjadi.
“Kerana sia-sia sahaja awak masuk ke universiti dan selepas itu ke tali gantung kerana tidak fikir apa yang awak buat itu akan memusnahkan diri awak sendiri.
“Jadi saya harap semua janganlah buat begitu ye. Anggap semua sebagai adik-beradik di sini (universiti) dan saya sebagai ibu yang menasihat awak, anak-anak sekalian,” titah baginda.
Tunku Azizah bertitah demikian dalam Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gambang semalam (25 Julai).
Dalam majlis tersebut, baginda turut menzahirkan ucapan tahniah buat 5,066 pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi pengajian 2024/2025 di dua kampus Pusat Asasi UIAM iaitu di Gambang dan Kuantan, Pahang.
Ucapan Raih Perhatian Pengguna Media Sosial
Ucapan itu nyata menarik perhatian pengguna Instagram. Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna bersetuju dengan apa yang dititahkan oleh baginda.
Malah, ada pengguna yang tersentuh mendengar ucapan berkenaan kerana bagi mereka ucapan tersebut seolah-olah diucapkan oleh seorang ibu kepada anaknya.
Berikut antara komen pengguna Instagram:
“Betul Cakap Tuanku Sultanah Pahang Tu, Janganlah Buat Kerja Buli Pelajar Junior”
“Text Sendiri Tu, Takde Dalam Ucapan Pun. Masya-Allah, Sempat Tuanku Bagi Nasihat”
“Sayu Dengar Nasihat Dan Dia Juga Seorang Ibu”
“Ampun Tuanku, Sungguh Nasihat Yang Sangat Menusuk Kalbu”
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Penyelesaian Yang Adil” – Suhakam Bantah Hukuman Gantung 6 Pesalah Kes Bunuh Zulfarhan
Baca Artikel Berkaitan: Akui Geram, Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Bertaubat & Mohon Maaf [Video]