“Macam Tan Sri S.M Salim”- Ramai Puji Lelaki Nyanyi Lagu ‘Masing-masing’ Versi Irama Melayu [Video]
Lagu asal nyanyian Ernie Zakri yang diubah oleh Yaser Atak kepada versi irama Melayu nyata mencuri tumpuan orang ramai yang menyifatkannya sebagai unik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap anak seni seperti penyanyi, pelakon, penulis, pelukis mempunyai kreativiti tersendiri dalam menonjolkan identiti diri mereka.
Malah identiti itu menjadikan mereka unik serta dikenali oleh orang ramai kerana suka kepada keunikan yang dibawa.
Bukan hanya itu, kelainan yang dibawa oleh seseorang memberikan satu nafas baharu terhadap naskah seni yang dipersembahkan kepada khalayak ramai.
Lelaki ubah lagu ‘masing-masing’ kepada irama Melayu
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang merupakan penyanyi irama Melayu apabila menukarkan sebuah lagu trending genra balada kepada nafas baharu sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Yasser Fikri Abu atau lebih dikenali sebagai Yasser Atak di TikTok, dia telah memberikan Point Of View (POV) sekiranya lagu Masing-masing yang merupakan lagu Ernie Zakri itu dinyanyikan oleh Tan Sri S.M Salim.
Sangat unik untuk didengari
Yasser di dalam video itu turut memulakan lagu berkenaan dengan menyanyikan bahagian korus, dan kreativitinya menukar sebuah lagu balada kepada irama Melayu ternyata menyegarkan halwa telinga kerana unik untuk didengari.
Malah bagi yang pernah mendengar lagu yang dibawa oleh S.M Salim pasti mengetahui dalam nyanyiannya beliau juga sering menonjolkan sketsa dalam lagu untuk menjadikan naskah itu lebih menarik serta mempunya interaksi.
Perkara sama turut dilakukan oleh Yasser sewaktu menyampaikan lagu Masing-masing berkenaan. Apa yang lebih mencuri tumpuan ia juga sangat menarik dan selari dengan tempo atau ritma lagu yang dibawanya.
Suara lunak dan terdengar lenggok keaslian lagu irama Melayu
Bukan hanya itu, suaranya yang lunak dan mempunyai lenggok keaslian irama Melayu sekaligus berjaya membawa lagu tersebut dalam versi berbeza.
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, turut kelihatan Yasser juga ada mengubah lagu lain kepada irama Melayu seperti Sandiwara Cinta, Seribu Tahun, dan beberapa lagu lain.
Ramai rindukan S.M Salim dan teruja dengar lelaki ubah lagu balada kepada irama Melayu
Melihat di ruangan komen, nyanyiannya itu membuatkan orang ramai rindukan Allahyarham S.M Salim malah ada yang berpendapat apabila memejamkan mata suara Yasser sama seperti beliau.
Tidak kurang juga ada yang teruja mendengar lagu galau (patah hati) itu berjaya diubah sepenuhnya oleh lelaki berkenaan.
Untuk makluman, Tan Sri S.M Salim merupakan penyanyi lagu klasik dan juga irama Melayu pada tahun 50-an. Beliau juga pernah mempunyai beberapa lagu duet bersama Zainal Abidin menerusi lagu Satu dan juga Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu ‘Pandang-Pandang, Jeling-Jeling’.