fbpx
Now Reading
“Nampak Kecil Tapi Bermakna” – Tindakan Individu Parkir Kereta Berbeza Dari Yang Lain Dapat Pujian [Video]

“Nampak Kecil Tapi Bermakna” – Tindakan Individu Parkir Kereta Berbeza Dari Yang Lain Dapat Pujian [Video]

Dedah pengguna TikTok berkenaan, pemilik kereta Honda City itu sebenarnya melakukan perbuatan sedemikian kerana tidak mahu menyusahkan jirannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pemandu mempunyai cara tersendiri ketika meletakkan kenderaan dalam kotak parkir.

Ada yang gemar meletakkan kenderaan dengan cara memasukkan bahagian hadapan terlebih dahulu. Ada juga yang lebih selesa dan memilih untuk meletakkan kereta dengan cara mengundur.

Kedua-duanya tidak salah asalkan kenderaan yang diparkir itu berada dalam kotak dan tidak menghalang laluan utama.

Parkir Kereta Bukan Dengan Cara Mengundur Hampir 20 Tahun

Apabila bercakap tentang parkir kenderaan, seorang pengguna TikTok berkongsi kisah seorang pemilik kereta yang meletakkan keretanya berbeza dengan yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @zamal_jiwamalaikat, dia berkongsikan kisah seorang pemilik sebuah kereta yang mempunyai alasan tersendiri tidak memarkir kenderaan seperti penghuni yang lain.

Melalui video itu, dapat dilihat kesemua kereta di sebuah pangsapuri di Puchong, Selangor diletakkan dengan cara mengundur.

Namun, hanya sebuah kereta jenis Honda City tidak diparkir menggunakan cara yang sama.

Apa yang menjadi perhatian adalah pemilik kenderaan itu telah melakukan tindakan sedemikian selama 20 tahun.

Ada Sebab Tersendiri Parkir Dengan Cara Berkenaan

Dedah pengguna TikTok berkenaan, pemilik kenderaan sebenarnya melakukan perbuatan sedemikian kerana tidak mahu menyusahkan jirannya.

“Semua kereta menghala ke depan, tetapi ada satu kereta ni, dia dah 20 tahun macam ni, menghala ke belakang.

“Bila tanya kenapa, rupanya dia tidak mahu asap kereta itu menghala ke rumah jiran,” kata pemilik video berkenaan.

@zamal_jiwamalaikat

kekadang Kita hanya nampak KEKURANGAN namun RUPANYA niatnya sangat baik WALAU sekecil INI di ambil berat dan Mari Kita doakan agar EMPUNYA niat ITU di mudahkan urusan dan dilimpahkan REZEKI YG TAK putus dari ALLAH SWT. #kerenah #jiran #perihatin #JIWAMALAIKAT #AKADEMITTSOCIETY @AB ANUAR @AKMA ALEE ….. @YUZARUL @mohamadhalimhusna @mokhtarabubakar2 @CIKUN 🆃🆂🅲 @kayazlee @mfaqahah

♬ original sound – JIWA MALAIKAT – JIWA MALAIKAT

Nampak Kecil Tapi Bermakna

Video yang dikongsikan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok terkejut dengan alasan yang diberikan.

Ini kerana mereka menyifatkan ia satu perbuatan terpuji walaupun nampak kecil bagi seseorang namun ia sememangnya amat bermakna.

Oleh kerana sikap yang diamalkan oleh pemilik Honda City itu, ada juga pengguna TikTok yang mendoakan kesejahteraan dan memuji tindakan kecilnya itu kerana dilihat membawa kebaikan kepada semua orang.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Siapa Tuan Kereta Ni, Baik Sungguh Hati Dia”

“Alhamdulillah, Mantap Brader Ni, Benda Nampak Simple Je, Tapi Kesan Dia Besar”

“Moga Akhlak Mulianya Jadi Asbab Allah Masukkan Ke Syurga”

“Saya Pun Parkir Ke Depan, Ada Baik Buat Macam Ni Nak Elakkan Asap Masuk Dalam Rumah”

Baca Artikel Berkaitan: “Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Sedih Kereta Dirosakkan Hanya Kerana Salah Parkir Di PPR

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.