fbpx

Rekaan Baju Kontinjen Malaysia ‘The Malaya’ Untuk Upacara Perasmian Olimpik Paris 2024 Undang Pelbagai Reaksi

Meskipun mendapat pujian, ada pengguna yang berpendapat baju yang diberi nama ‘The Malaya’ itu dilihat tidak menggambarkan imej negara Malaysia yang berbilang kaum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini (26 Julai) akan bermulanya Sukan Olimpik 2024 Paris. Tepat jam 1.00 pagi pada 27 Julai waktu Malaysia akan berlangsungnya upacara pembukaan perasmian temasya sukan terbesar itu.

Ia merupakan antara acara yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia bagi melihat atlet negara beraksi di pentas dunia.

KBS Perkenal Baju Rasmi Sempena Pembukaan Perasmian Olimpik Paris 2024

Selain daripada aksi atlet negara, perkara lain yang dinanti-nantikan adalah baju rasmi kontinjen Malaysia yang akan diperagakan dalam upacara perasmian tersebut.

Ini kerana sejak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memperkenalkan pakaian rasmi untuk digunakan ketika upacara pembukaan pada 23 Jun lalu, rekaan baju tersebut menerima banyak kritikan dan tentangan hebat daripada orang ramai.

Mengambil kira pandangan dan kritikan semua pihak, Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini mendedahkan atlet negara bakal memperagakan pakaian daripada rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Semalam (25 Julai), buat pertama kalinya pakaian rasmi kontinjen negara hasil rekaan Rizman Ruzaini diperkenalkan secara rasmi menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Ini baju rasmi kontinjen Malaysia di Upacara Pembukaan Perasmian Sukan Olimpik Paris yang telah dipilih oleh Majlis Sukan Negara Malaysia. Designer : Rizman Ruzaini

Posted by Hannah Yeoh on Thursday 25 July 2024

Rekaan pakaian berbentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Kurung berserta kerubung turut dikongsikan menerusi media sosial MOM dan Rizman Ruzaini.

Apa yang menjadi perhatian adalah set baju yang berwarna hijau zaitun bermotifkan keemasan itu dilihat ringkas namun nampak bergaya dan klasik sesuai dengan imej negara ini.

Rekaan Baju Undang Pelbagai Reaksi

Rekaan baju yang diberi nama The Malaya itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Kebanyakannya memuji rekaan baju terbabit yang disifatkan sebagai satu rekaan yang klasik dan elegan.

Bahkan ada yang berrseloroh baju itu boleh digunakan sebagai baju raya pada tahun hadapan.

Namun, ada juga segelintir yang mengkritik rekaan baju tersebut hingga ada yang menganggap baju itu ‘malap’ dan tiada seri kerana pemilihan warna hijau zaitun sebagai warna utama.

Malah, ada pengguna media sosial yang berpendapat baju itu dilihat tidak menggambarkan imej negara Malaysia yang berbilang kaum.

Pun begitu, kenyataan itu dibidas oleh pengguna lain yang menyatakan baju tersebut telahpun melambangkan Malaysia kerana Baju Melayu dan Baju Kurung merupakan baju kebangsaan yang sesuai dipakai dalam majlis rasmi.

Untuk info, pemilihan warna hijau zaitun dengan motif keemasan pada rekaan baju atlet negara yang diilhamkan oleh Rizman Ruzaini itu adalah simbolik kepada harapan rakyat Malaysia untuk atlet negara membawa pulang pingat emas.

Malah, cetakan motif songket pada baju tersebut berperanan sebagai tanda pengiktirafan kepada atlet-atlet Malaysia kerana songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan turn-temurun.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Classic, Gorgeous, Truly Malaysia”

“Pendapat Saya, Rekaan Ini Nampak Biasa Dan Warnanya Malap, Saya Bagi Markah 4.8/10”

“Kerja Mudah, Baju Raya, Agak Mengecewakan Hasil Daripada Designer Terkenal”

“Ianya Memang Cantik Tapi Pakaian Ini Langsung Tidak Melambangkan Malaysia Yang Sebenar”

“Major Disappointment! Malaysia Negara Yang Berbilang Kaum, Etnik & Budaya”

Baca Artikel Berkaitan: Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Baca Artikel Berkaitan: Baju Atlet Malaysia Untuk Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Ini Respon Hannah Yeoh

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Guna Baju Cantik Tapi Gagal Bawa Pulang Emas” – Ketua Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.