TikTok Awards Malaysia 2024 Kembali Buat Kali Ke-2 Dengan Anugerah Baharu
TikTok Awards Malaysia 2024 yang bertemakan ‘Realisasikan Impianmu’ ini bakal berlangsung pada 11 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Platform utama untuk video pendek peranti mudah alih iaitu TikTok, kembali dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu TikTok Awards Malaysia 2024.
Bertemakan ‘Realisasikan Impianmu’, TikTok merupakan platform yang menggalakkan ‘content creator ‘untuk mencabar batasan kreativiti dan merealisasikan impian mereka.
Sebagai platform yang merangsang kreativiti dan membawa keceriaan, TikTok Awards menjadi tapak lonjakan untuk meraikan aspirasi baharu serta membuka peluang kepada para pencipta untuk membuktikan bawah impian mereka boleh menjadi kenyataan dan terbukti, mereka mampu mencipta era potensi baru yang tersendiri.
Sebagai penghargaan terhadap pencipta konten tempatan dan karya mereka, termasuk kandungan e-dagang TikTok Shop, TikTok Awards 2024 mempersembahkan tema kepelbagaian budaya Malaysia yang boleh dinikmati oleh penonton di seluruh dunia.
TikTok Awards yang mula diperkenalkan pada tahun lalu telah memberikan ruang dan laluan yang besar kepada para pemenang dan calon-calon yang tersenarai untuk mereka mengorak langkah dalam penciptaan konten dan kerjaya profesional.
Majlis Kali Kedua Bakal Dilakukan Di WTC Kuala Lumpur
TikTok Awards Malaysia 2024 akan berlangsung pada 11 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur.
Acara megah ini bukan sahaja akan merayakan kejayaan pencipta kandungan tempatan, tetapi juga menjadi platform penting di mana mereka dapat mengubah impian menjadi realiti melangkaui skrin.
“Kami amat teruja untuk membawa kembali TikTok Awards tahun ini dalam meraikan dan menghargai pencapaian para pencipta konten tempatan kita. Tahun ini, kami benar-benar ingin menitik beratkan semangat komuniti kami yang berbakat dan pelbagai di TikTok Awards Malaysia 2024.
“Bertemakan ‘Realisasikan Impianmu’ (Celebrating New Dreams), kami komited untuk merealisasikan aspirasi para pencipta kami dengan menyediakan platform di mana kreativiti dan jiwa positif mereka boleh berkembang.
“TikTok Malaysia berbangga untuk menyokong komuniti tempatan kami dengan memupuk platform bagi para pencipta untuk memberi inspirasi dan saling berhubung,” kata Ketua Program & Wawasan Pemasaran SEA, TikTok, Yin Yin Hooi.
Pengurus Besar Kandungan TV3, Puan Marlia Zul Amran pula berkata, “TV3 berbesar hati untuk menjadi platform utama menganjurkan TikTok Awards di Malaysia untuk tahun kedua kerana ia secara tidak langsung mengeratkan kolaborasi antara TV3 dan TikTok.
“Kerjasama ini mengetengahkan peranan TV3 sebagai penyiar utama serta menampilkan kreativiti dan bakat luar biasa dalam komuniti TikTok. Acara ini bukan sahaja meraikan pencipta kandungan yang memberikan inspirasi, malah juga mencorakkan dunia digital kita.
“Ia seiring dengan visi TV3 iaitu untuk membekalkan informasi, memberikan inspirasi dan membawa hiburan serta menyiarkan kandungan segar dan inovatif kepada penonton.
“TV3 juga amat berterima kasih kepada semua penaja yang merealisasikan penganjuran acara ini,” katanya.
TikTok Awards Malaysia 2024 Tampil Dengan 2 Segmen Utama
TikTok Awards Malaysia 2024 akan menampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).
Bagi kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada:
- Khairul Aming.
- Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara iaitu Angga Anugrah Putra.
- Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Puan Nini Yusof.
Barisan panel ini akan menilai setiap pencipta konten dalam kategori masing-masing seperti:
- Hiburan
- Animasi
- Permainan
- Makanan
- Pendidikan
- Sukan
- Kecantikan dan Fesyen
Untuk Pilihan Popular pula, TikTok sekali lagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka.
Pengundian awam akan dibuka bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024 untuk lima kategori seperti berikut:
- Creator of the Year
- Celebrity of the Year
- Video of the Year
- TikTok LIVE Creator of the Year
- TikTok Shop Creator of the Year
Undian boleh dibuat dengan klik [DI SINI].
Anugerah Istimewa Diperkenalkan Dalam TikTok Awards Malaysia 2024
Selaras dengan tema ‘Realisasikan Impianmu’, acara TikTok Awards tahun ini berbangga untuk memperkenalkan sebuah anugerah istimewa iaitu ‘Changemaker of the Year’.
Dalam era digital penciptaan kandungan yang pesat berkembang, anugerah ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang berani mencipta impian.
Melalui kategori ‘Changemaker of the Year’, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan positif melalui kandungan yang dicipta.
Sama ada dalam memberikan inspirasi kepada perubahan positif, memberikan kesedaran tentang isu-isu penting, mahu pun sekadar memberi inspirasi kepada ribuan lagi penonton, anugerah ini bertujuan untuk mengangkat mereka yang bercita-cita besar dan mampu membawa impak perubahan kepada komuniti dan masyarakat sekeliling.
TikTok Hargai Bakat Komuniti Pencipta Kandungan Dan Selebriti
Malam gemilang TikTok Awards bakal direalisasikan melalui gandingan hebat Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara pada malam itu.
Pencipta konten TikTok, Ceddy Ang dan Ain Edruce yang telah menemui niche masing-masing pula bakal menggalas tanggungjawab untuk menyambut kehadiran rakan-rakan pencipta kandungan yang lain dan menerumah ramah mereka di karpet merah.
Dedikasi TikTok dalam menyokong dan menghargai bakat komuniti mereka terlihat apabila mengangkat Ceddy dan Ain untuk mengacarakan anugerah terbesar TikTok ini.
Manakala bagi bekas calon pencipta kandungan kategori Kecantikan dan Fesyen pada tahun lalu iaitu Eima Safuan pula dipertanggungjawabkan sebagai pengacara belakang pentas bersama pelakon, Daniel Fong.
Antara barisan selebriti dan pencipta konten hebat yang akan memeriahkan pentas bagi menyampaikan anugerah kepada bakal pemenang termasuklah Khairul Aming, Ryanbakery, Sofyank dan Goh Liu Ying.
Nantikan juga persembahan memukau daripada Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi yang pasti akan memikat dan menghiburkan penonton sepanjang malam.
Kepada anda yang mahu menonton siaran langsung TikTok Awards, anda boleh menontonnya secara eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada 11 Ogos 2024 (Ahad) jam 9:00 malam.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).