fbpx
Now Reading
Unik & Eco Friendly! Ramai Teruja Lihat Lelaki Jual Burger Balut Dengan Daun Pisang [Video]

Unik & Eco Friendly! Ramai Teruja Lihat Lelaki Jual Burger Balut Dengan Daun Pisang [Video]

Menurut penjual burger berkenaan, dia menggunakan daun pisang untuk membalut burger berkenaan agar pelanggan dapat menikmati burger dengan keharuman aroma daun berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan burger yang dijual di tepi jalan mahupun di kedai sering mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia.

Malah ada juga yang berpendapat burger yang dijual di tepi jalan itu lebih enak berbanding jenama terkenal. Apa yang lebih menarik, mereka juga turut melakukan pelbagai variasi menu yang bersesuaian dengan citar asa pelanggan.

Bukan hanya itu, ada juga yang tampil dengan kelainan serta keunikan tersendiri sebagai salah satu identiti untuk gerai burger mereka.

Lelaki guna daun pisang balut burger

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah gerai burger yang terletak di Puchong ini apabila menggunakan daun pisang sebagai pembalut burger mereka.

Nampak pelik, namun kreaviti yang digunakan oleh lelaki ini dengan menggunakan daun pisang sebagai pembalut nyata menarik perhatian ramai.

Gerai yang dikenali dengan nama Burger JI Legend ini mula mendapat perhatian selepas KL Foodie memuat naik satu video untuk membuat reviu mereka menikmati Banana Leaf Burger.

Menerusi video tersebut, perakam berkunjung ke gerai burger berkenaan telah memesan dua burger daun pisang sebelum lelaki berbangsa India memberi cadangan; adakah mereka juga ingin merasai burger rangup dari gerai mereka?

Perakam kemudian mengatakan boleh sambil menunjukkan aksi penjual yang sedang meletakkan beberapa burger di atas daun pisang sebelum membalutnya.

Guna daun pisang agar pelanggan dapat menikmati burger dengan aromanya

Lelaki itu kemudiannya mengatakan dia menggunakan daun pisang untuk membalut burger agar pelanggan dapat menghidu aroma daunnya ketika menikmati makanan tersebut.

Malah dia turut yakin apabila burger itu dibawa pulang ke rumah pasti ia akan membuatkan pelanggan merasai kesedapannya.

Dalam pada masa sama, perakam turut menunjukkan cara lelaki berkenaan menyediakan burger yang dipesan oleh pelanggan.

Kuantiti sayur dan bahan lain mencukupi untuk pelanggan bagi satu hidangan burger

Kelihatan dia sangat pemurah dengan bahan-bahan yang digunakan apabila meletakkan sayur, isi ayam rangup, sos serta sekeping keju dengan kuantiti yang mencukupi untuk pelanggan.

Sebaik burger selesai dikepilkan bersama isinya, lelaki itu kemudian akan meletakkan daun pisang ke atas pan sebelum membalut makanan berkenaan.

Ada burger Pattaya dan Korea

Selain itu, gerai ini juga mempunyai menu burger cili Pattaya di mana burger itu dibalut dengan menggunakan telur dan meletakkan bawang goreng, sos cili serta keju di permukaannya persis nasi goreng Pattaya di kedai makan.

Dia juga turut mempunyai burger Korea rangup yang menggunakan roti bun hitam dan menyifatkan ia antara menu spesial di gerainya.

Menerusi tinjauan kami, gerai ini terletak berhadapan dengan Hotel 29 di Jalan Puchong Mesra 1 dan beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu pada jam 5 petang hingga 1 pagi.

Video berhubung gerai burger ini turut menjadi tular di X dan mendapat perhatian ramai.

Ramai kagum lelaki guna daun pisang sebagai pembalut burger

Melihat di ruangan komen di Instagram, ramai yang suka dan kagum dengan idea lelaki ini menggunakan daun pisang untuk membalut burger kerana ia mesra alam serta jauh dari bahan kimia.

Tidak kurang juga ada menyifatkan ia adalah burger yang paling sedap mereka pernah rasai. Malah ada juga yang meminta agar lelaki ini mempelbagaikan lagi menu burgernya seperti paratha burger, ayam masala atau tika dan banyak lagi.

“The best burger ever, burger kesukaan saya setiap masa”

“Burger ayam masala, tikaa please”

“Bagus! Eco friendly dan burger itu pasti mempunyai bau yang enak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.