fbpx
Now Reading
“Wudhu Punca Umat Islam Jarang Berpenyakit Berbanding Orang Lain” – Saintis AS [Video]

“Wudhu Punca Umat Islam Jarang Berpenyakit Berbanding Orang Lain” – Saintis AS [Video]

Menurut Neil deGrasse Tyson, umat Islam yang berwuduk dapat menghindarkan diri daripada penyakit berjangkit menerusi sentuhan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, dunia pada masa kini semakin menjadi ancaman kepada makhluk halus iaitu virus yang boleh membawa kepada pelbagai wabak penyakit.

Lebih menggerunkan, wabak ini juga mampu melumpuhkan sistem dan fungsi hidup manusia apabila menjadi suatu pandemik iaitu penyakit berjangkit pada skala besar sekali gus meragut jutaan nyawa.

Jika ditelusuri puncanya, wabak penyakit ini mula muncul disebabkan pelbagai patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit yang memasuki tubuh badan manusia.

Berwuduk mampu cegah pelbagai jenis penyakit

Pun begitu, tahukah anda perkara yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari iaitu mengambil wuduk sebelum mengerjakan ibadah ternyata mampu mencegah pelbagai penyakit?

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok yang sering berkongsi klip video perkongsian ilmu, Cliptopia, saintis dan ahli astrofizik Amerika Syarikat, Neil deGrasse Tyson menceritakan tentang kebaikan berwuduk.

Tyson mendedahkan tentang perkara itu semasa di dalam podcast ‘This Past Weekend’ yang dikendalikan oleh pelawak AS terkenal, Theo Von.

Berwuduk dapat hindari diri daripada penyakit berjangkit melalui sentuhan

Menurut lelaki terbabit, umat Islam yang membersihkan anggota badan mereka seperti tangan, kaki, telinga dan hidung pada setiap hari dapat menghindari diri daripada penyakit berjangkit menerusi sentuhan.

“Dahulu tiada siapa yang mandi pada setiap hari, jika ada penyakit muncul dan ia datang melalui sentuhan, awak dapat sakit tetapi orang Islam tidak,” katanya.

Untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara itu, kami telah merujuk dua jurnal yang telah melakukan penyelidikan tentang kebaikan berwuduk ini.

Wuduk boleh cegah patogen masuk ke dalam tubuh manusia

Memetik sebuah jurnal perubatan yang bertajuk ‘Wuduk: Langkah pencegahan yang berkesan terhadap banyak penyakit berjangkit’, kajian itu mendapati wuduk boleh mencegah jangkitan kerana patogen memasuki tubuh manusia melalui mulut, hidung dan mata yang disebabkan oleh tangan yang tercemar.

Susulan itu, kerap berwuduk dapat mengurangkan risiko jangkitan mulut, usus, kulit, mata dan juga pernafasan.

Perkara sama turut dikongsikan di Jurnal antarabangsa dalam penyelidikan al-Quran yang bertajuk ‘Mukjizat wuduk ke atas rohani dan jasmani manusia’ mengenai hubung kait antara wuduk dan kesihatan jasmani.

Wuduk merupakan satu agen penyucian fizikal manusia

Jelas jurnal itu, wuduk merupakan satu agen penyucian fizikal manusia dan ia adalah rukun bagi kesihatan tubuh badan.

Dari sudut saintifik, bahagian tubuh yang dibersihkan ketika berwuduk merupakan bahagian yang sentiasa terdedah menjadi tumpuan mikro organisma pembawa penyakit.

Apabila berwuduk, bahagian kulit tersebut dibersihkan sekali gus dapat menghindari pelbagai jenis penyakit kulit.

Video penuh podcast di YouTube

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.