Taman Tema Sunway & Klook Tandatangan MoU Untuk Tingkatkan Kemasukan Pengunjung NOF 10
Klook menjadi Rakan Tiket Rasmi untuk acara NOF10 yang merupakan acara Halloween terbesar di Asia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut mengenai Nights of Fright pasti ramai sudah mula berasa takut malah mula membayangkan karakter-karakter menyeramkan yang dipersembahkan oleh Taman Tema Sunway untuk ‘menakutkan’ pengujung-pengunjungnya.
Meskipun ia adalah satu tarikan yang menyeramkan namun tak dinafikan ramai di kalangan pengunjung yang mengemarkannya malah sentiasa menantikan acara ini diadakan pada setiap tahun.
Taman Tema Sunway dan Klook tanda tangan MoU tingkatkan daya tarikan global
Pada 26 Julai, Taman Tema Sunway bersama Klook telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) strategik yang bertujuan untuk meningkatkan lagi daya tarikan global taman tema berkenaan iaitu Sunway Lagoon serta Sunway Lost World of Tambun.
Selain, turut membantu dalam meningkatkan kemasukan pelancong ke taman tema berkenaan.
MoU berkenaan telah ditandatangani bersempena dengan pelancaran Nights of Fright (NOF) yang merupakan acara yang dilakukan pada setiap tahun. Malah ia juga telah memenangi beberapa anugerah di Sunway Lagoon dan kali ini NOF meraikan tahun ke-10nya.
Tarik lebih ramai pelancong
Klook dalam masa sama bangga dengan kerjasama yang dijalinkan bersama taman tema Sunway sejak tahun 2017 yang secara tidak langsung menjadikannya platform perjalanan dan pengalaman dalam talian untuk tarikan ini.
Bagi memanfaatkan kepakaran Klook dalam bidang pengurusan tiket, pemasaran, penggabungan penginapan, perkongsian strategik ini juga berjaya menarik lebih ramai pelancong luar.
Malah ia juga meransang ekonomi tempatan serta mengukuhkan Malaysia sebagai destinasi utama bagi tarikan unik dan mendebarkan ini.
Klook jadi Rakan Tiket Rasmi untuk acara NOF10
Sempena ulang tahun yang ke-10 NOF di Malaysia, Klook mengukuhkan perkongsian bersama Sunway Lagoon apabila menjadi Rakan Tiket Rasmi bagi acara NOF10 yang merupakan acara Halloween terbesar di Asia.
Pesta menakutkan yang ikonik serta menampilkan sebanyak lapan rumah hantu, satu teater berhantu, empat scare zon, sebelas tunggangan yang mendebarkan serta dua pentas pertunjukkan yang pasti akan membuatkan pengunjung tidak dapat melupakan pengalamannya.
Selain itu, melalui pembelian di Klook pengunjung taman tema juga boleh menikmati akses awal, pengalaman tempahan yang lancar, dan pakej penginapan eksklusif.
Sunway Lagoon sentiasa jadi destinasi riadah ikonik
Majlis menandatangani MOU ini turut diwakili oleh Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho serta Pengurus Besar Klook untuk Singapura, Indonesia dan Malaysia, Sarah Wan.
“Kami bangga bekerjasama dengan Klook. Sunway Lagoon sentiasa menjadi destinasi riadah ikonik bagi warga Malaysia dan pengembara antarabangsa, menawarkan gabungan unik keseronokan dan hiburan.
“Tahun ini, dengan Klook sebagai Rakan Tiket Rasmi untuk NOF10, kami meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan untuk tetamu kami merasai keseronokan. Kami berharap untuk mengalu-alukan mereka yang sukakan keseronokan dari dekat dan jauh ke acara yang paling mengujakan dan menyeramkan,” kata Calvin Ho.
Dalam masa sama, Sarah berkata pengalaman seram telah menyaksikan lonjakan populariti di kalangan masyarakat Malaysia.
Malah peningkatan dilihat ketara dalam masyarakat yang membuat tempahan untuk aktiviti bertemakan seram di Klook.
“Pengalaman yang amat menyeramkan ini sangat popular di kalangan pelancong berumur 18-30 tahun yang sentiasa memburu pengembaran yang unik dan mendebarkan ketika kedua-dua Klook dan NOF meraikan ulang tahun ke-10 kami tahun ini, kami tidak sabar-sabar untuk menyajikan kenangan dan pengalaman Halloween yang tidak dapat dilupakan untuk semua,” jelas Sarah Wan.
Manakalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif Global bagi Syarikat Hiburan Sudden Impact! iaitu Lynton V Harris mengatakan di syarikatnya adalah menjadi misinya untuk sentiasa mencipta pengalaman yang paling mengasyikkan dan tidak dapat dilupakan.
Malah mereka bangga dalam meluaskan sempadan hiburan seram, menawarkan gabungan tema tempatan dan antarabangsa yang akan memberikan tetamu penggembaraan yang menyeramkan serta menghiburkan.
NOF10 dan tawaran ekslusif di Klook
Acara NOF10 akan berlangsung pada 20 September hingga 31 Oktober setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam.
Pada tahun ini, acara ini memperkenalkan ‘Hantu Hunters’ tema baharu yang menyelidiki kisah hantu terkenal di Lebuhraya Karak, Istana Kellie di Perak.
Selain itu, lebih dari 75 watak ngeri akan berkeliaran di taman tema untuk ‘kejutan selfie’ dengan pelawat.
Mulai sekarang hingga 31 Oktober, nikmati ketakutan dan keterujaan NOF10 dengan pembelian tiket di Klook dari serendah RM128 atau RM226 untuk tiket dengan akses untuk Xpress Lane atau lawai Laman Web Klook.