fbpx
Now Reading
Dituduh Jadi Punca Agama Dihina Selepas Video Berasak Depan Kaabah Tular, Hafiz Mahamad Mahu Bertanggungjawab

Dituduh Jadi Punca Agama Dihina Selepas Video Berasak Depan Kaabah Tular, Hafiz Mahamad Mahu Bertanggungjawab

Hafiz Mahamad menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Story mendedahkan dia akan memberi respon dan bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat? Sekitar awal bulan Mac yang lalu, usahawan kosmetik dan pempengaruh Hafiz Mahamad menjadi perhatian ramai gara-gara satu video yang menunjukkan dirinya sedang berasak di hadapan Kaabah sebagai cubaan untuk mencium Hajar Aswad.

Menerusi video berkenaan, Hafiz dilihat seakan-akan cuba ‘menahan’ orang lain bagi memastikan isteri dan staf syarikatnya turut berpeluang mencium batu tersebut walaupun keadaan pada ketika itu terlalu ramai orang hingga masing-masing terhimpit antara satu sama lain.

Malah, kain ihram Hafiz turut terlondeh hingga menampakkan bahagian badannya. Video itu nyata mengundang kecaman pengguna media sosial hingga ramai yang menganggap ia hanyalah sekadar konten.

Namun, perkara itu dibidas oleh Hafiz dan mendakwa video tersebut hanyalah sebagai kenangan buat dirinya dan mahu mewujudkan keberanian orang ramai untuk berhadapan situasi sedemikian khususnya ketika menunaikan ibadah Haji atau Umrah.

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Content” – Hafiz Mahamad Teruk Dikecam Selepas Muat Naik Video Bergelut Demi Cium Hajar Aswad

Video Tular Semula, Anggap Tanah Suci Mekah Tidak Selamat Untuk Kaum Hawa

Terbaharu, video tersebut tular semula apabila seorang pengguna X dari luar negara berkongsi video itu di akaun miliknya, @HPhobiawatch.

Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang dimuat naik seolah-olah menganggap wanita tidak selamat walaupun berada di Tanah Suci Mekah.

“Wanita hadapi gangguan melampau di Tanah Suci Mekah. Anda rasa masjid & madrasah selamat untuk wanita?” tulis pemilik akaun di X yang dipercayai dari India itu.

Hafiz Mahamad Dikritik, Ramai Video Beri Imej Negatif Pada Islam

Hantaran tersebut menyebabkan ramai mengambil kesempatan memperlekehkan agama Islam.

Keadaan ini menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia melihat ia sebagai satu fitnah yang mencalarkan imej agama Islam dan berang kembali dengan Hafiz kerana dilihat ia berpunca dari dirinya.

Antara salah satunya adalah seorang pengguna Facebook Helmy Effendy yang berpendapat tindakan Hafiz itu mengundang padah apabila video tersebut kini digunakan untuk mengutuk dan menyebarkan kebencian terhadap agama Islam.

“Ingat Hafiz Mahamad? Video dia dulu yang acah-acah kat depan Kaabah jadi pelindung wanita? Video tu sekarang digunakan oleh Hindutva kat Twitter, untuk kutuk Islam dan sebarkan kebencian pada Islam. Dah 4 juta tontonannya, semuanya mengundang cela dan hinaan pada agama kita.

“Dan sekarang si Hafiz Mahamad tak sedar, dia buat video tu semata-mata demi content, dia dah datangkan fitnah pada agama. Fitnah pada agamanya dah ditonton 4 juta.

“Maka dia sedang menuai dosa-dosa berangkai dari video dia. Sebab tu kalau anda jadi influencers, berhati-hati buat video.

“Kita tak sedar bagaimana video tu akan menyerang kita balik, menyerang negara dan bangsa kita, malah lagi teruk, agama kita.

“Para pendakwah dalam dan luar negara berusaha nak bawa imej Islam yang baik, nak sebarkan keagungan agama kita, keindahan syahadah kita, dirosakkan kerja mereka kerana kita nak mencapah demi secebis perhatian.

Malah, pengguna Facebook berkenaan meminta agar pempengaruh yang lain turut sama berhati-hai dalam menghasilkan konten.

“Maka berhati-hatilah para influencers, dalam menghasilkan kandungan harian, semoga ia tak jadi ladang dosa, dan akan jadi ladang pahala buat kita,” tulisnya lagi.

Ingat Hafiz Mahamad? Video dia dulu yang acah-acah kat depan Kaabah jadi pelindung wanita? Video tu sekarang digunakan…

Posted by Helmi Effendy on Saturday 27 July 2024

Bukan hanya di Facebook, pengguna media sosial menerusi platform X juga turut mempunyai pandangan yang sama.

Hafiz Mahamad Akan Bertanggungjawab

Dalam pada itu, Hafiz menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Story mendedahkan dia akan memberi respon dan bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

Namun, Hafiz mendakwa dia memerlukan sedikit masa untuk mendapat pandangan daripada pelbagai pihak khususnya pakar bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

“Ada yang nasihat untuk saya diam tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas statement (kenyataan) atau perception (persepsi) dari tweet (ciapan) ini.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan lama tidak berulang.

“Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini. Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” tulisnya.

Foto: Tangkap Layar IG Story Hafiz Mahamad
Foto: Tangkap Layar IG Story Hafiz Mahamad

Baca Artikel Berkaitan: “Niat Saya Bukan Kerana Konten” – Hafiz Mahamad Padam Video Cium Hajar Aswad, Tampil Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Cium Hajar Aswad Jika Sampai Bahayakan Diri & Orang Lain” – Dr Zulkifli

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.