“Kalau Ada Pemandu Mabuk, Tak Memasal Je”- Peniaga Nasi Lemak Buka Gerai Tepi Simpang Jalan Raih Perhatian [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah kedudukan gerai nasi lemaknya itu yang terletak betul-betul di tepi simpang masuk sebuah kondominium yang dipercayai di Sentul, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan peniaga khususnya yang menjalankan perniagaan makanan lebih memilih untuk menjual produk mereka di premis.
Ini dapat memudahkan pelanggan datang dan menikmati hidangan di kedai tanpa perlu membawa pulang hidangan tersebut.
Namun, ada juga peniaga makanan kecil-kecilan seperti penjual nasi lemak lebih memilih untuk menjual produk mereka dengan membuka meja ataupun menggunakan kenderaan sendiri dan meletakkannya di tepi jalan.
Tindakan sebegini tidak salah selagi mereka tidak menghalang laluan atau menganggu lalu lintas. Namun bagi setengah individu, ia dilihat sebagai satu perkara yang berbahaya kerana malang sememangnya tidak berbau.
Jual Nasi Lemak Tepi Simpang Jalan
Samalah keadaannya seperti gerai jualan seorang peniaga nasi lemak yang berniaga menu tersebut betul-betul di tepi simpang jalan.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @farhandozenn, dapat dilihat peniaga yang dikenali sebagai Paan itu sedang membuat persiapan membuka meja bagi menjual nasi lemak.
Apa yang menjadi perhatian adalah kedudukan gerainya itu yang terletak betul-betul di tepi simpang masuk sebuah kondominium yang dipercayai terletak di Sentul, Kuala Lumpur.
Malah, beberapa orang pelanggan turut beratur panjang di laluan masuk simpang berkenaan sementara menunggu Paan menyiapkan gerainya itu.
Tonton video di sini.
@farhandozenn SEDAP SANGAT KE SAMBAL 4 PAGI NI.TAK KAN SEBAB SAMBAL PUN BOLEH BERGADUH ?! #fyp #fypシ #fypシ゚viral #nasilemakviral #nasilemak4pagi #unikl #maximcitylightsentul #paannasilemak4pagi #nasilemaksambalpadu #paan #masukberanda ♬ original sound – 4 AM LEGACY
Pengguna TikTok Tegur Kerana Risau Berlaku Kemalangan
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata daripada pengguna media sosial risau melihat kedudukan gerai Paan yang terlalu hampir dengan jalan dan simpang utama.
Ada juga yang menegur peniaga itu agar mengubah lokasi kerana risiko perkara berbahaya seperti kemalangan jalan raya mungkin berlaku walaupun pada ketika itu waktu jualan adalah pada jam 4.00 pagi.
Namun, pendapat pengguna media sosial tidak dipandang serius oleh Paan kerana dia percaya lokasi gerainya itu tidak menganggu laluan kerana jualannya akan habis kira-kira jam 6.00 pagi.
Dek kerana sikap Paan yang dilihat tidak serius dengan pandangan orang ramai itu, video serta komennya itu turut dikongsikan di platform media sosial lain hingga mendatangkan kecaman.
Orang bagi nasihat dibuat main. Salah tetap salah. Bila jadi apa2 mula la buat video minta maaf letak lagu sedih, nak menangis air mata tak keluar. pic.twitter.com/zXF7TzpSHw
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 27, 2024
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Bayangkan Pukul 4 Pagi Ada Orang Mabuk Drive, Habis Dia Sodok Semua Yang Tengah Beratur”
“Betul Jugakan, Kalau Ada Orang Mabuk Ke Apa Tak Memasal Ada Yang Mati”
“Yang Duduk Situ Tahu La Betapa Annoyingnya Nak Keluar Simpang kena Ke Tengah Terus Sebab Kereta Berhenti Nak Beli Nasi Lemak”
“Ini Dah Bertapak Jalan Raya Simpang Nak Masuk, Harap Adalah Plan B Walaupun Pukul 4 Pagi”
“Bukak Dekat Tempat Lain, Kereta Nak Lalu Oi”
Baca Artikel Berkaitan: “Mahal Kau Jual” – Peniaga Sedih Lepas Ditegur Pelanggan Kerana Jual Nasi Lemak RM3 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tak Setuju Tindakan Peniaga Makanan Bolot Tempat Parkir Awam, Siap Letak Meja & Kerusi Halang Kereta