“Kurang Hujan Sebab Taufan” – Staf METMalaysia Dedah Punca Cuaca Panas Di Malaysia Ketika Ini [Video]
Menurut kakitangan METMalaysia, litupan awan yang menjadi punca utama hujan itu berkurangan kerana terdapat siklon di sebuah kawasan yang menarik segala lembapan atau awan dari Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada ketika ini, Malaysia sedang berhadapan dengan cuaca yang panas dan hujan yang jarang sekali berlaku.
Bahkan cuaca panas ini juga menyebabkan suhu pada waktu malam turut terasa bahangnya, menyebabkan ketidakselesaan kerana berpeluh dan sebagainya.
‘Baru mandi dah berpeluh balik’, mungkin situasi ini berlaku kepada anda.
Pun begitu, pasti ada di antara kita yang tertanya-tanya bagaimana ini semua boleh berlaku dan apakah penyebabnya?
Akak MetMalaysia kongsi punca fenomena cuaca panas di Malaysia
Susulan itu, seorang wanita yang juga kakitangan di Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional dibawah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Syamin Sabri telah berkongsi punca fenomena ini berlaku.
Menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya, Syamin berkata perkara tersebut berlaku akibat kurangnya litupan awan di negara ini.
Terdapat siklon yang menarik segala lembapan
Menurutnya, litupan awan yang menjadi punca utama hujan itu berkurangan kerana terdapat siklon (cyclone) di sebuah kawasan yang menarik segala lembapan atau awan dari Malaysia.
“Sebab ada 2 siklon kuat dan laju dekat atas ini, habis semua lembapan pergi ke situ. Jadi memang akan kurang hujan dan litupan awan dekat kawasan kita selagi siklon (taufan) itu ada,” katanya.
Siklon atau taufan ini merupakan sebuah kawasan putaran bendalir tertutup bulat yang berputar dalam arah yang sama dengan bumi.
Berkongsi lanjut, Syamin berkata taufan ini berkemungkinan akan menjadi lemah pada Sabtu lalu (27 Julai).
Syamin pada masa sama turut menasihati orang ramai agar memperbanyakkan meminum air dan kurangkan aktiviti di luar terutamanya ketika waktu tengah hari.
6 kawasan di semenanjung rekod cuaca panas tahap 1
Terdahulu, METMalaysia mendapati enam kawasan telah merekodkan cuaca panas Tahap 1 di Malaysia seperti di Pasir Mas di Kelantan, serta Bintulu dan Sri Aman di Sarawak.
Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, sebelum ini menerangkan cuaca panas terjadi di negara susulan Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lalu.
Dia berkata Malaysia dijangka mengalami taburan hujan yang rendah hingga fasa peralihan monsun bermula. Sehubungan itu, negara mengalami cuaca lebih panas dan kering hingga pertengahan September.
Baca Artikel Berkaitan: 12 Kawasan Seluruh Negara Rekod Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga