“Nasi Free, Lauk & Air Bayar Sendiri”- Lelaki Kongsi Pengalaman Pergi ‘Kenduri’ Di Thailand, Rupanya.. [Video]
Carian kami kemudian menemui satu komen balas dari Sazali yang menjelaskan ia adalah acara makan sambil menderma untuk membina tahfiz dan bukan majlis kenduri kahwin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan setiap negara mempunyai adat atau cara yang berbeza dalam melakukan kenduri atau acara keramaian untuk menjamu orang ramai makan.
Jika di negara ini setiap kali adanya kenduri, tuan rumah akan menyediakan makanan berat sehinggalah ke pencuci mulut untuk dihidangkan kepada tetamu.
Kenduri unik di Thailand hanya sediakan nasi, lauk dan air kena beli
Namun sedikit berbeza dengan sebuah majlis keramaian di Thailand, apabila tuan rumah hanya menyediakan nasi namun lauk dan air perlu dibeli sendiri oleh tetamu yang hadir.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sazali Yaakob di TikTok, awalnya kelihatan dia berada di sebuah kenduri dipercayai bersama ahli keluarganya.
Wanita bawa bakul penuh berisi lauk untuk dipilih tetamu
Turut kelihatan seorang wanita yang sedang berdiri berdekatan meja makan mereka sedang membawa makanan yang dipercayai lauk-pauk di dalam bekas untuk dipilih oleh para tetamu.
Malah kelihatan wanita itu mengeluarkan bekas makanan yang dipilih oleh tetamu serta memberitahu berapakah harganya.
Mereka kemudian memilih beberapa lauk untuk dijamah bersama nasi yang disediakan secara percuma. Sebaik selesai memilih, seorang individu kemudian menghulurkan duit untuk membayar lauk yang telah diambil.
Bawa pelbagai jenis air untuk dipilih tetamu
Tidak lama selepas itu datang pula seorang lelaki yang membawa pelbagai jenis air berdekatan meja.
Lelaki itu kemudian bertanya air apakah yang diinginkan oleh tetamu sebelum memberikannya kepada individu berkenaan.
“Pertama kali dapat jemputan makan kenduri. Tapi lauk dan air minum kena bayar (dikira sebagai sumbangan) dulu. Nasi percuma.
“Anda biasa ke macam ni?” ujar Sazali dalam video tersebut.
Rupanya acara makan sambil menderma bukan kenduri kahwin
Menerusi ruangan komen, Sazali turut menjelaskan ia merupakan acara makan sambil menderma untuk membina sebuah tahfiz di sana.
Ini bermakna majlis yang dihadirinya itu bukanlah majlis kahwin atau sebagainya seperti yang disangkakan oleh orang ramai.
Ada yang mendakwa ia kenduri untuk kutipan derma, majlis kahwin beri makanan percuma
Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan majlis itu di sekitar daerah Patani.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka pertama kali melihat majlis makan-makan seperti itu.
Malah ada juga menyifatkan ia tidak seperti makan jemputan kenduri sebaliknya seperti di kedai.
Namun ada segelintir netizen yang sudah mengetahui majlis ‘kenduri’ tersebut bertujuan untuk membuat kutipan derma dan kebiasaannya dilakukan untuk mengumpul dana untuk membuat masjid atau madrasah.
Manakala kenduri kahwin di Thailand kebiasaannya dihidang secara percuma sama seperti di Malaysia.