
Pemandu Wanita Alami Detik Cemas Dihimpit Lori Yang Masuk Ke Lorong Kanan Secara Tiba-tiba [Video]
Menerusi video kelihatan pemandu lori berkenaan turut melanggar lampu isyarat selepas hampir menghimpit kereta dipandu wanita berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemalangan jalan raya adakalanya berlaku bukan kerana kecuaian pemandu lain yang memandang enteng peraturan jalan raya.
Malah sikap mementingkan diri segelintir pihak ini juga telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku sehingga boleh meragut nyawa.
Oleh itu, kita bukan sahaja perlu memandu dengar cermat namun harus sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling sewaktu berada di jalan raya.
Wanita alami detik cemas hampir dihimpit lori
Baru-baru ini, seorang wanita berdepan detik yang mencemaskan apabila hampir terbabit dalam kemalangan disebabkan kecuaian seorang pemandu lori.
Menerusi video dashcam yang tular di X, awalnya kelihatan pemandu wanita berkenaan berada di lorong kanan di sebatang jalan raya yang lurus.
Himpit secara tiba-tiba dan langgar lampu merah
Manakala sebuah lori yang membawa muatan berat berada di lorong kiri. Namun secara tiba-tiba lori berkenaan menghimpit ke lorong kanan.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan pemandu kereta dan penumpang wanita menjerit sebelum bertindak memberhentikan kenderaannya.
Dalam pada masa yang sama, pemandu wanita itu turut membunyikan hon panjang sebagai tanda amaran kepada lori berkenaan dan pemandu lori dilihat segera kembali ke lorong kiri.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, lori berkenaan turut melanggar lampu isyarat kerana tidak berhenti sewaktu lampu bertukar merah.
Menerusi video sama juga dipercayai kes berlaku pada 2.30 petang, 26 Julai yang lalu.
Inilah driver antara driver lori bangsat yg selalu menyebabkan kemalangan. pic.twitter.com/KuakkPCubk
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 28, 2024
Ramai tak puas hati dengan tindakan pemandu lori, minta pihak berkuasa ambil tindakan
Melihat di ruangan balas, ramai yang turut berasa berang dengan tindakan lori berkenaan. Malah ada yang mendakwa insiden itu berlaku di sekitar kawasan Alam Budiman ke Setia Alam.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat sekiranya ada kenderaan yang jalan dari arah lain sewaktu lori tersebut melanggar lampu isyarat merah pasti kemalangan boleh berlaku.
Ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan atas perkara yang berlaku.
“Dah lah dia nak himpit orang, lepas tu langgar lampu merah pula tu.”

“Bayangkan kalau ada kereta atau motor yang terus keluar lepas lampu hijau tu. Mesti mati kan kena langgar”

“Dua kesalahan, tolong ambil tindakan”
