fbpx
Now Reading
Rider Dedah Terima Gangguan Seksual Ketika Hantar Makanan Pelanggan [Video]

Rider Dedah Terima Gangguan Seksual Ketika Hantar Makanan Pelanggan [Video]

Menerusi beberapa gambar tersebut, lelaki berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualan memaparkan pelanggan menawarkan perkara tidak senonoh kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk buat pembayaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa tahun lalu, ramai yang mula menceburkan diri dalam industri perkhidmatan penghantaran makana atau barangan menggunakan kenderaan mereka.

Ada yang melakukannya secara persendirian dan ada juga menyertai platform lain untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Malah penggunaan perkhidmatan ini juga telah digunakan secara meluas oleh masyarakat di seluruh negara.

Rider dedah terima gangguan seksual dari pelanggan

Namun baru-baru ini, seorang rider yang juga membuat perkhidmatan sama telah menarik perhatian ramai apabila membuat pendedahan pernah menerima gangguan seksual sepanjang melakukan pekerjaan berkenaan.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh @mifzz57 di TikTok, awalnya lelaki itu seperti menjawab mengapa dia sering membatalkan pesanan yang diterima dari pelanggan.

Dalam beberapa gambar, lelaki tersebut telah berkongsi tangkap layar perbualan bersama pelanggan yang meminta menghantarkan makanan dan terus masuk ke bilik mereka.

Siap tawar lakukan perkara tak senonoh sebab tak cukup duit nak bayar

Ada juga yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuat pembayaran dan menawarkan khidmat seks oral sebagai ganti bayaran.

Selain itu, terdapat juga yang memintanya datang ke rumah dengan alasan sedang duduk berseorangan di rumah.

Perkara itu merupakan antara sebab dia bertindak untuk membatalkan pesanan dari pelanggan.

Malah dia mendakwa itu menjadi punca dia beralih ke platfrom lain untuk meneruskan perkerjaannya sebagai rider penghantar makanan dan barangan.

Namun perkara sama masih berlaku apabila turut menerima gangguan seksual dari kaum sejenis yang meninggalkan nota tidak senonoh pada bahagian catatan.

“Begitulah dugaan kami sebagai seorang rider,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada semua perbualan tersebut adalah miliknya atau ia sekadar tangkap layar yang diambil dari penghantar makanan yang lain.

Ramai dedah sebab selalu ikut pasangan apabila buat perkhidmatan hantar makanan atau barangan

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengatakan itu adalah sebab mengapa mereka sering mengikut pasangan apabila mereka membuat servis berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan dia sentiasa memasang kamera apabila membuat pekerjaan sama kerana bimbang jika berlaku perkara tak diingini.

Ada juga yang sedih kerana rider hanya ingin mencari rezeki yang halal namun terpaksa berdepan dengan dugaan dari pelanggan yang sedemikian.

“Saya buat Grab jumpa pelanggan lesb*an”

“Jarang jumpa lelaki mahal sekarang. Abang satu dalam sejuta”

“Haih sekarang baru faham kenapa dia orang minta kita turun ambil makanan, dulu aku selalu suruh dia orang yang naik sebab malas nak turun naik balik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.