Unik! Inside Scoop Perkenal Ais Krim Perisa Ubat Batuk Raih Perhatian Ramai
Menurut Inside Scoop ais krim perisa ubat batuk itu boleh didapatkan di seluruh premis mereka pada tempoh yang terhad.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan ais krim merupakan salah satu jenis pencuci mulut yang digemari setiap peringkat umur.
Tidak kira kanak-kanak, dewasa bahkan warga emas pasti menyukainya dan ramai lebih mengemarinya jika dimakan ketika cuaca panas.
Malah kini, perisa ais krim telah divariasikan dengan pelbagai perisa seperti buah-buahan, coklat dan banyak lagi.
Inside Scoop perkenal ais krim perisa baharu iaitu Pei Pa Kao
Terbaharu, jenama ais krim Inside Scoop menjadi perhatian ramai apabila memperkenalkan perisa baharu mereka yang dikenali sebagai Pei Pa Koa.
Pei Pa Koa merupakan ais krim perisa ubat batuk herba dari jenama Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dan dihidangkan bersama ais krim vanila.
Di makan bersama ais krim vanila
Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan cecair dipercayai dari ubat berkenaan diletakkan (drizzle) di atas ais krim vanila.
Malah jenama ais krim itu turut mengatakan ia adalah satu gabungan yang akan memberikan kesegaran kepada pelanggan yang membelikan.
Menurut Inside Scoop ais krim perisa Pei Pa Koa itu boleh didapatkan di seluruh premis mereka dan hanya dijual pada tempoh yang terhad.
Ramai yang tertarik dengan perisa ice cream tersebut
Melihat di ruangan komen, perisa baharu yang dikeluarkan oleh jenama ais krim berkenaan telah menarik perhatian ramai.
Malah ada yang berpendapat mereka yang mengalami batuk kini boleh menikmati ais krim dengan perisa berkenaan. Ada juga mengatakan ia satu gabungan yang kreatif.
Bukan hanya itu ada juga yang tertanya-tanya bagaimanakah rasa ais krim itu bersama dengan ubat batuk berkenaan.
Ada juga yang bimbang jika ais krim bersama ubat batuk itu boleh menyebabkan rasa mengantuk atau melebihi dos
Perkongsian mengenai perisa baharu yang dikeluarkan oleh Inside Scoop turut menjadi tular di X sehingga ada yang bertanya adakah ia boleh menyebabkan rasa mengantuk jika memakan ais krim tersebut.
Tidak kurang ada yang mengatakan gabungan ais krim itu bersama ubat berkenaan pasti disukai oleh penyanyi Britain iaitu Zayn Malik.
Ini kerana, sebelum ini Zayn dalam satu video ada memaklumkan dia menggunakan ubat batuk berkenaan untuk menjaga suaranya.
Malah ada juga yang berpendapat petua zaman dahulu ais krim perisa vanila adalah baik untuk mereka yang mengalami sakit tekak atau batuk.
Mak cakap kalau batuk jangan makan aiskrim..
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) July 28, 2024
Inside Scoop: say no more 🙅🏼♂️ pic.twitter.com/M8PgEkrGVl