fbpx
Now Reading
“2 Minit Je” – Pemandu Dedah Jalan Tikus Elak Jem Di Bukit Bintang Undang Perhatian Ramai [Video]

“2 Minit Je” – Pemandu Dedah Jalan Tikus Elak Jem Di Bukit Bintang Undang Perhatian Ramai [Video]

Jalan tikus yang ditunjuk itu dikatakan dapat menjimatkan masa sehingga satu jam daripada menempuh kesesakan jalan raya di sekitar BB (Bukit Bintang).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, Kuala Lumpur merupakan antara kawasan yang kerap mengalami kesesakan jalan raya terutamanya ketika waktu puncak.

Jika hari minggu, kebanyakan jalan raya di sekitar ibu negara itu akan sesak dengan para pekerja yang ingin pergi atau pulang daripada kerja, manakala hujung minggu pula disebabkan oleh orang ramai yang keluar berjalan-jalan.

Pendek kata, jalan raya di sekitar bandar ini selalunya akan sesak, untuk ke destinasi yang dekat sahaja pun mengambil masa yang lama.

Lelaki dedah jalan tikus, boleh elak jem di Jalan Imbi atau Bukit Bintang

Baru-baru ini, seorang pemandu lelaki telah berkongsi jalan tikus yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk mengelak daripada kesesakan di jalan raya sekitar Jalan Bukit Bintang atau Jalan Imbi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @ceohotelmurah, jalan tikus yang ditunjuknya itu dikatakan dapat menjimatkan masa sehingga satu jam daripada menempuh kesesakan jalan raya di kawasan terbabit.

Jalan bawah tanah ke parkir Lalaport boleh tembus ke Jalan Pudu

Berdasarkan video terbabit, jalan yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan merupakan jalan bawah tanah menuju ke tempat letak kenderaan di pusat beli-belah Lalaport dan juga Bukit Bintang City Centre.

Jalan terbabit dilihat membawanya keluar ke Jalan Pudu menuju Masjid Jamek, setelah keluar daripada kawasan terbabit, pemandu berkenaan hanya perlu membuat pusingan-U di hadapan dan belok ke kiri menuju ke pusat beli-belah Times Square.

Menurut lelaki terbabit, jalan berkenaan sesuai digunakan bagi mereka yang ingin ke Times Square atau pusat beli-belah Pavilion.

Netizen beri pelbagai reaksi, siap berseloroh minta delete agar tidak diketahui ramai

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Ada segelintir pengguna media sosial yang berseloroh meminta lelaki berkenaan untuk memadam video terbabit agar tidak diketahui ramai orang.

Habislah semua orang akan ikut jalan tu nanti…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.