fbpx
Now Reading
“Bercerai Dalam Talian Tidak Wajar” – Mufti Kelantan Ulas Isu Pasangan Bercerai Ketika Sesi Live

“Bercerai Dalam Talian Tidak Wajar” – Mufti Kelantan Ulas Isu Pasangan Bercerai Ketika Sesi Live

Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, setiap pasangan suami isteri perlu menyelesaikan perselisihan faham atau perbalahan secara baik seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang peniaga kosmetik dalam talian (online) diceraikan suaminya ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.

Menerusi rakaman video yang tular itu, peniaga yang dikenali sebagai Nur Hazwani Mustapha bergaduh dengan pasangannya hingga berlaku provokasi sebelum lelaki itu melafazkan cerai terhadap Hazwani disaksikan penonton.

Lafaz cerai yang diucapkan oleh suaminya itu bukan sahaja mengejutkan dirinya malah pengguna TikTok yang mengikuti siaran langsung itu turut tidak menyangka dengan perbuatan lelaki berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kosmetik Diceraikan Suami Ketika Sesi ‘Live’ Di TikTok [Video]

Penceraian Dalam Islam Sepatutnya Berlaku Secara Berakhlak

Mengulas lanjut mengenai perbuatan ini, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan penceraian dalam Islam seharusnya berlaku secara berakhlak iaitu di hadapan Hakim Mahkamah Syariah.

Ia tidak sepatutnya dibuat menerusi cara lain termasuk ketika sedang bersiaran langsung di media sosial.

Jelas Mohamad Shukri, perkahwinan merupakan amalan yang sangat besar kepada agama Islam dan ia berlangsung secara tenang, aman dan bahagia.

Tambah beliau, setiap pasangan suami isteri perlu menyelesaikan perselisihan faham atau perbalahan secara baik seperti yang dianjurkan dalam Islam.

“Ini berikutan ketika nak berkahwin dulu, kita menggunakan cara Islam termasuk orang tengah dengan ada pertunangan, merisik dan langkah awal yang diambil sebelum kita kahwin.

“Jadi untuk berpisah ini, sama kalau jalan terakhirnya perlu kepada bercerai maka bercerai secara berakhlak seperti yang dianjurkan oleh Islam.

“Namun, kita masih bersaudara dan menjalin ukhuwah Islamiah serta tidak perlu bermasam muka,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Pasangan Perlu Hadir Ke Mahkamah, Tidak Perlu Hebohkan Perkara Tidak Baik

Malah, beliau turut menjelaskan, pasangan yang mahu bercerai perlu bersama-sama menghadirkan diri di hadapan hakim Mahkamah Syariah untuk memohon cerai.

“Kenapa hal begini (bercerai) kita nak hebohkan kerana kita bimbang perkara tidak baik ini akan menjadi perkara biasa dan ikutan. Orang kata dia bercerai dan kita pun nak bercerai. Jadi perkara ini seolah-olah menjadi galakan untuk bercerai. Sebab itu bercerai dalam talian dan dihebohkan ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak dikehendaki oleh agama. Kalau perkara yang baik memang kita perlu hebohkan dan perkara yang negatif ini tidak perlu dihebohkan,” katanya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Mohamad Shukri turut menasihatkan agar pasangan suami isteri yang sedang dilanda masalah tidak menjadikan penceraian sebagai jalan akhir kerana banyak lagi cara yang boleh dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kosmetik Diceraikan Suami Ketika Sesi ‘Live’ Di TikTok [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Boleh Minta Cerai Kalau Suami Kaki Pukul & Maki – UAI

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.