fbpx
Now Reading
Gelagat Lelaki Lihat Rakan Sendiri Jadi Adik Ipar Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat Lelaki Lihat Rakan Sendiri Jadi Adik Ipar Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan Faris berseloroh sebaik pasangan itu selesai bernikah apabila membuat muka garang sewaktu bersalaman dengan pengantin lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercakap tentang jodoh, tak dinafikan ia merupakan perkara yang sukar untuk dijangka. 

Ada yang bercinta bertahun lamannya namun ia tidak berjaya ke jinjang pelamin, ada juga yang bertemu jodoh dengan orang terdekat seperti rakan baik keluarga dan sebagainya. 

Malah perkara ini kadang kalanya membuatkan pasangan sendiri tidak menyangka individu terbabitlah yang akan menjadi penyeri dalam hidup mereka. 

Gelagat lelaki tengok kawan sendiri jadi adik ipar raih perhatian

Samalah seperti apa yang berlaku kepada lelaki ini apabila rakan sendiri akhirnya menjadi adik ipar apabila berkahwin dengan adik perempuannya. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh Faris Azri di TikTok, awalnya kelihatan dia segera duduk di sebelah adiknya sebaik majlis akad nikah selesai.

Si adik kemudian melihat gelagat abangnya sebelum suami yang dikenali sebagai Shaffat datang menyapa lelaki yang juga seorang usahawan berkenaan untuk bersalaman.

Difahamkan suami kepada adiknya itu merupakan rakan si abang.

Berseloroh dengan buat muka garang ketika rakan datang bersalaman

Sebaik melihat Shaffat datang menghulurkan tangan untuk bersalaman, si abang mula berseloroh dengan membuka spek mata hitamnya dan membuat muka garang.

Rakannya itu kemudian bersalaman namun Faris menyuruh lelaki itu untuk mencium tangannya.

Kelihatan Shaffat menuruti permintaannya sambil ketawa malah turut dilihat pengantin perempuan dan tetamu lain juga terhibur dengan gelagat mereka.

Malah jelas wajah Faris seperti bangga apabila pengantin lelaki mengucup tangannya.

@farisazrii

Member sendiri jadi adik ipar .

♬ Dan – bigboss

Dilihat seperti sebak dan lap air mata ketika lihat adik sudah selamat bernikah

Namun tidak lama kemudian dia dilihat seperti sebak mungkin mengenangkan adik perempuan kini sudah menjadi isteri.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, sewaktu persandingan Faris juga sempat mengusik pasangan mempelai itu apabila duduk di hadapan pintu untuk meminta ‘tol’ dan sekali lagi menyuruh pengantin lelaki mengucup tangannya.

Ramai ucap tahniah dan terhibur lihat gelagat dua rakan

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai dan ada juga yang berkongsi pengalaman bagaimana rasanya apabila rakan sendiri berkahwin dengan ahli kelurga mereka.

Tidak kurang juga ada yang terhibur melihat gelagat Faris dan juga Shaffat seperti yang dikongsikan dalam video tersebut.

“Alhamdulillah tahniah Choi dapat adik ipar”

“Bulan 9 ni adik bongsu aku kahwin dengan member aku sendiri”

“Sorry tergelak. Adoi, lawak betul lah Choi (Faris) kenakan adik ipar dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.