“Mahal, Dahla Berapa Batang Je” – Ramai Terkejut Lihat Peniaga Jual Kentang Goreng RM19 [Video]
Menyedari respon yang diterima daripada pengguna media sosial, peniaga kentang tersebut tampil memberi penjelasan tentang harga yang dijual.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kenaikan kos sara hidup pada ketika ini sememangnya memberi kesan kepada kebanyakan rakyat Malaysia.
Kesannya bukan sahaja dirasai oleh mereka yang makan gaji tetapi ia turut dirasai oleh kumpulan yang bekerja sendiri seperti peniaga.
Sudah pastinya golongan ini tersepit dengan kenaikan harga barang mentah hingga ada yang terpaksa menaikkan harga jualan demi menampung kos.
Namun, ada pelanggan yang merasakan harga yang ditetapkan kadang-kala tidak masuk akal dan sesuai dengan kuantiti serta kualiti produk tersebut.
Jual Kentang Goreng Harga RM19
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pempengaruh makanan di akaun Instagram @abangsodok, dia telah datang ke sebuah gerai yang menjual kentang goreng panjang di sebuah festival makanan di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Pada ketika itu, pengguna yang dikenali sebagai Abang Sodok itu memesan satu set kentang goreng sebagai pilihan.
Apa yang menarik adalah kentang goreng itu didatangi dengan pelbagai pilihan topping dan pelanggan hanya perlu memilih mengikut citarasa mereka.
Pada ketika itu, dapat dilihat topping jenis Chicken Floss yang diletakkan oleh pekerja berkenaan di atas kentang goreng tersebut dilihat banyak dan memenuhi kotak.
Melalui video itu, pekerja gerai berkenaan menjelaskan harga kentang yang dijual adalah bernilai RM16 dan RM19.
Pengguna Media Sosial Rasa Harga Mahal & Tidak Berbaloi
Meskipun tiada sebarang ulasan tentang harga, namun kebanyakan pengguna media sosial merasakan harga kentang goreng yang dijual agak mahal.
Mengintai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna merasakan harga yang ditetapkan tidak berbaloi dengan kuantiti kentang goreng yang dijual.
Malah, ada yang turut membandingkan harga kentang mentah yang di pasaran dengan harga peniaga berkenaan yang dilihat jauh bezanya.
Pun begitu, ada yang bersetuju dan dapat menerima harga berkenaan kerana mereka berpendapat harga tersebut telahpun meliputi kos seperti bahan mentah dan bayaran pekerja.
Peniaga Tampil Beri Penjelasan
Menyedari respon yang diterima daripada pengguna media sosial, peniaga kentang tersebut tampil memberi penjelasan tentang harga yang dijual.
Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Instagram @keytatoes, peniaga yang dikenali sebagai Vokey itu menjelaskan harga yang ditetapkan telahpun mengambil kira kos-kos yang lain.
“Assalamualaikum, disebabkan ramai komen dan mention dekat video tu tentang keytatoes ni, satu yang saya perasan, tiada satu pun yang komen pasal rasa, semua pasal harga.
“Ada satu video tu, dalam tu dia komen ada berapa batang je. Sebenarnya kita buat 12 batang. Dia tak nampak banyak sebab mungkin ada patah, itu kesilapan kitaorang.
“Orang cakap kita punya portion sikit. Kalau topping sikit jangan menipulah, topping kita memang banyak, tak pernah lagi sikit. Kalau sikit, korang minta dekat staf.
“Harga kita RM16 dan RM19 sahaja, tak mahal. Bagi saya kentang saya (jual) tak mahal RM16 dan RM19. Kalau pergi dekat Thailand pun RM18, kos minyak kapal terbang lagi. Ini termasuk semua kos yang kita ada.
“RM19 sebab special, ada daging, ada ayam semua. Yang RM16 tu, yang biasa-biasa punya. Resipi pun kita buat sendiri, mula daripada kentang sampai topping,” jelasnya.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Mahalnya, Dah La Berapa Batang Je, Baik Aku Beli Nasi Ayam Penyet RM9”
“Hak Membelilah, Kita Ikut Kemampuan Untuk Membeli, Kalau Suka, Beli”
“Dia Ada Target Market Dia Sendiri. Ada Orang Yang Akan Beli. Yang Tak Nak Beli Jangan Hentam Dia”
“Adoi Kentang Pun Berapa Helai Je, Tak Berbaloi, Harga Mahal Sangat”
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dipuji Jual Burger RM2, Siap Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan [Video]