fbpx
Now Reading
Peguam Terkenal Mahu Buka Semula Kes Bekas Penuntut UPNM, Amirul Nashriq

Peguam Terkenal Mahu Buka Semula Kes Bekas Penuntut UPNM, Amirul Nashriq

Ibu bapa mangsa ingin menuntut keadilan selepas mendakwa terdapat unsur penderaan terhadap anaknya yang berusia 19 tahun itu sebelum dia meninggal dunia akibat lemas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2024/07/25/suhakam-bantah-hukuman-gantung-6-pesalah-kes-bunuh-zulfarhan/

Sebelum ini, kisah mengenai kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain hangat diperkatakan selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 23 Julai lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam pesalah kes terbabit.

Hukuman gantung yang dikenakan terhadap enam bekas penuntut UPNM itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dan menyifatkan hukum terbabit sebagai setimpal dengan perbuatan mereka yang memukul dan menekap seterika wap di badan arwah sebanyak 90 tekapan pada 2017 lalu hingga menyebabkan Zulfarhan meninggal dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung

Datuk Ahmad Zahiril akan buka semula kes kematian penuntut UPNM mati lemas

Terbaharu, peguam jenayah terkenal, Datuk Ahmad Zahiril Muhaiyar pula dilaporkan ingin membuka semula kes kematian seorang lagi penuntut UPNM, Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia kurang setahun selepas arwah Zulfarhan iaitu pada 24 Mac 2018 akibat lemas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @rkantiktok, ibu mangsa, Zainab Shahidan sudah memberi pencerahan tentang apa yang berlaku pada anaknya kepada Ahmad Zahiril menerusi satu sesi siarang langsung (live) di platform media sosial itu.

Difahamkan, pihak Rakan bersama Ahmad Zahiril yang terkenal dengan gelaran ‘peguam kotak pensel’ akan menemui keluarga mangsa di Perak dalam masa terdekat ini.

“Seluruh warga kerja Rakan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahiril kerana sudi membantu keluarga arwah,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi satu rakaman perbualan yang dimuat naik, difahamkan seorang individu dipercayai Ahmad Zahiril mahu membuka kes tersebut dan tidak akan mengenakan sebarang pembayaran.

Jelasnya individu berkenaan, beliau ‘marah’ dengan apa yang berlaku.

Ibu bapa mangsa ingin tuntut keadilan, dakwa terdapat unsur penderaan terhadap anaknya

Kes terbabit dipercayai dibuka semula kerana ibu bapa mangsa ingin menuntut keadilan selepas mendakwa terdapat unsur penderaan terhadap anaknya yang berusia 19 tahun itu sebelum dia meninggal dunia.

Perkara sama turut dibangkitkan dalam satu lagi rakaman perbualan yang turut dikongsikan pihak Rakan di TikTok.

@rkantiktok

#LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE EXCLUSIVE DI RAKAN KES ARWAH AMIRUL 2 Tiada Bantuan Van Jenazah. Aduan dan Gambar Mangsa didera #upnm #justiceforamirul #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #pmx #malaysia

♬ original sound – Rakan – Rakan

Menurut laporan Berita Harian pada 29 Mei 2018 lalu, bapa arwah Amirul, Othman Yusoff yang berusia 51 tahun berkata keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya.

Foto: Berita Harian

Terdapat kesam lebam pada badan arwah sebelum kejadian ‘lemas’ berlaku

Jelas Othman, laporan polis itu dibuat pada 25 Mei 2018 selepas melihat kecederaan dialami arwah termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua hari sebelum kejadian lemas itu berlaku.

“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.

“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior,” katanya.

Untuk link carousel TikTok klik di sini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.