fbpx
Now Reading
Ramai Sebak Bapa Sanggup Datang Ke Asrama Selepas Anak Telefon, Luah Rasa Rindu [Video]

Ramai Sebak Bapa Sanggup Datang Ke Asrama Selepas Anak Telefon, Luah Rasa Rindu [Video]

Menurut Shah Rizal, dia hanya berjumpa dengan anak perempuannya itu sekitar lima minit dan terpaksa pulang kerana mempunyai program lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar bapa pasti sanggup berkorban apa sahaja demi anak yang tercinta.

Meskipun sibuk dengan pekerjaan namun apabila sesuatu perkara itu melibatkan anak pasti mereka akan cuba mencari ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Lelaki bergegas ke asrama selepas anak luah rindu

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang bapa apabila dia bergegas ke asrama anak perempuannya selepas si anak meluahkan rasa rindu padanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shah Rizal Hussain di TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan berada di perkarangan asrama untuk bertemu dengan anaknya.

Hanya nak peluk kerana rindu bapa

Menurutnya, ketika itu dia baru sahaja mendaftar keluar dari sebuah tempat penginapan sebaik selesai melakukan kerjanya.

“Baru je ‘check out’ dan selesai Program Pengukuhan Organisasi berdekatan dengan asrama Sara (anak perempuan). Tiba-tiba dia hubungi boleh tak nak jumpa papa nak peluk je sebab rindu.

“Papa cakap tunggulah kejap, papa nak pergi beli makanan tapi dia (Sara) tak nak, sebab dia dah ada semua makanan cuma nak jumpa papa sekejap,” tulisnya dalam video berkenaan.

Kelihatan wajah Sara sangat teruja dan gembira sebaik melihat wajah bapanya.

Peluk beberapa kali seperti melepaskan segala rindu yang dipendam

Malah dia terus menyambut tangan yang dirinduinya itu untuk bersalaman. Bapanya kemudian mengucup dahi anak perempuan yang berusia 15 tahun sebelum berpelukan.

Kelihatan pelukan yang erat itu mengambarkan kerinduan dua beranak itu terhadap satu sama lain.

Malah Sara dilihat berbual-bual dengan bapanya dan asyik berulang kali memeluk bapanya.

Menurut Shah, dia bertemu anaknya itu sekitar lima minit dan terpaksa pulang kerana mempunyai program lain selepas itu.

Katanya konten itu dibuat untuk memberi inspirasi kepada semua yang bergelar ayah agar tidak mengabaikan anak-anak meskipun sudah berpisah dengan pasangan.

Ramai sebak lihat dua beranak berpelukan

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan perkongsian video tersebut malah ada juga yang merindukan bapa mereka setelah menonton rakaman tersebut.

Ada juga yang percaya cinta pertama bagi seorang anak perempuan adalah bapanya.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan keinginan untuk dipeluk oleh seorang bapa kerana tidak pernah merasakannya atau rindu disebabkan beberapa perkara seperti ayah sudah tiada, keluarga berpecah belah dan banyak lagi.

“Demi Allah tak pernah macam ni.. anak dari broken family, jumpa balik masa adik kahwin. Hati meronta nak peluk dia, tapi saya bukan anak pilihannya..”

“Cinta pertama anak perempuan, tetap ayahnya”

“Betul, dalam kehidupan anak perempuan tetap perlukan semangat dari ayahnya. Kalau saya susah hati atau susah apa-apa mesti terdetik ‘kalau abah ada dia mesti duduk sebelah aku walau tak cakap apa’.”

“Aku setiap kali tengok video anak perempuan peluk ayah auto menangis lap air mata rindu ayah. Teresak-esak punya nangis. Ya, Allah rindu. Al-fatihah ayah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.