fbpx
Now Reading
Sikap Tegas Jurulatih Ajar Budak Perempuan Jadi Penjaga Gol Undang Perhatian Ramai [Video]

Sikap Tegas Jurulatih Ajar Budak Perempuan Jadi Penjaga Gol Undang Perhatian Ramai [Video]

Ketegasan jurulatih Miorarmy membuatkan segelintir netizen percaya dia mampu melahirkan penjaga gol yang bagus di masa akan datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi setiap individu, perkara utama yang paling penting dalam membentuk diri untuk menjadi seseorang yang berjaya adalah melalui latihan.

Ini kerana dengan latihan yang berterusan mampu membentuk seseorang itu menjadi mahir dan hebat melakukan sesuatu hingga berjaya mengharumkan nama sendiri, keluarga dan mungkin negara.

Di sebalik kejayaan itu, ada faktor lain yang turut menyumbang antaranya seperti jurulatih. Ia menjadi panduan buat seseorang dalam mendapatkan teknik atau cara yang betul sebelum menguasai sesuatu perkara.

Namun, setiap jurulatih mempunyai cara tersendiri dalam melatih anak didik mereka. Ada yang mengambil pendekatan tegas tapi masih berlembut, ada juga yang menggunakan pendekatan agak kasar.

Coach Tegas Latih Budak Perempuan Jadi Penjaga Gol

Samalah seperti seorang jurulatih ini yang dilihat agak tegas dalam melatih anak didiknya menjadi seorang pemain bola yang hebat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @norakmalizajaafar, dapat dilihat coach yang dikenali sebagai Mioarmy sedang melatih seorang budak perempuan menjadi penjaga gol di Padang Helang Manjung FC.

Apa yang menjadi perhatian adalah sikap tegas jurulatih berkenaan terhadap kanak-kanak tersebut yang mungkin dilihat agak kasar bagi segelintir orang.

Melalui video tersebut, jurulatih itu pada mulanya dilihat sedang menunjukkan posisi badan dan kaedah yang betul sebagai seorang penjaga gol terhadap budak perempuan berkenaan.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah sikap tegas Mioarmy ketika anak didiknya itu tidak dapat menangkap bola dengan cara yang betul.

Ekoran daripada itu, coach berkenaan menengking dan menendang bola terus ke muka budak perempuan tersebut berkali-kali sebagai peringatan buat kanak-kanak itu untuk membentuk badan mengikut panduan yang telah diajar.

“Keras (badan), kau nak main keeper, kau keras.

“Kenapa kau kalih muka? Kau nak aku hambat depan muka kau? Kau nak? Jawab, buang malu kau, keeper strong (penjaga gol kuat),” tengking jurulatih berkenaan.

Malah, budak perempuan itu sekali lagi ditegur dengan nada tegas apabila dia sekali lagi tidak mengikut cara menangkap bola dengan betul.

“Woi, kau nak tangkap apa tu? Nak tangkap apa? Dalam game (perlawanan), kau boleh bergerak lagu (macam) tu ke? Kalau dalam game kau bergerak macam tu, penonton gelakkan kau je,” katanya lagi.

Namun, Mioarmy dilihat terus menunjukkan kaedah dan posisi badan yang betul kepada budak perempuan tersebut.

Melalui video itu juga, terdapat beberapa budak lelaki yang turut sama menghadiri sesi latihan berkenaan.

@norakmalizajaafar

Goalkeeper Session with coach Mioarmy di Padang Helang Manjung Fc. semoga dengan sesi ni kakak akan lebih maju jaya di masa depan. inshaallah aamin #airasyalia #keeper #budakbola #helangmanjungfc #fyp #fypシ゚viral #CapCut

♬ original sound – norakmalizajaafar – norakmalizajaafar

Pengguna Media Sosial Ada Yang Dapat Terima, Ada Yang Anggap Kasar

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.2 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Kebanyakannya memberi reaksi berbeza apabila melihat pendekatan tegas yang dilakukan oleh jurulatih berkenaan.

Ada pengguna TikTok yang merasakan kaedah tegas yang dilakukan oleh Mioarmy adalah amat bagus bagi membentuk seseorang itu untuk berjaya.

Namun, ada pula segelintir pengguna yang merasakan ia terlalu kasar dan tidak sesuai digunakan lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan.

Pun begitu, ketegasan jurulatih Miorarmy membuatkan rata-rata netizen percaya dia mampu melahirkan penjaga gol yang bagus di masa akan datang.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Terbaik Coach, Budak Perempuan Tu Bakal Jadi Keeper Terbaik Malaysia Satu Hari Nanti”

“Asalkan Bukan Anak Aku, Kalau Budak Lelaki Tak Pe Lagi Wei”

“Keeper Dunia Ke, Keeper Kampung Ke, Yang Aku Nampak Dia Mendidik Dengan Betul, Ketegasan Tu Wajib”

“Kalau Gini Jurulatih Dia Ajar, Cukup Sehari Je Aku Datang Training”

Baca Artikel Berkaitan: “Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Betul Ada Jiwa Bola Je Faham” – Budak Lelaki Menangis Lihat Harimau Malaya Kalah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.