“Bermula Dengan Salah Faham”- Dua Wanita Bertengkar Terjerit-Jerit Kerana Kotak Parkir Jadi Perhatian [Video]
Jelas Asyikin, laporan polis telah pun dibuat berhubung insiden berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tempat letak kenderaan atau kotak parkir yang terhad di kawasan tumpuan sering menjadi isu yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna jalan raya.
Ini kerana ia dilihat memberi kesukaran kepada segelintir individu untuk meletakkan kenderaan mereka ketika berkunjung ke kawasan tersebut.
Malah, keadaan itu boleh menjadi lebih teruk apabila kotak parkir yang terhad boleh menjadi punca perebutan dan perbalahan sesama pengguna jalan raya.
Bergaduh Mulut Di Petak Parkir
Terbaharu, tular di platform X dua orang wanita bertengkar dipercayai gara-gara berebut kotak parkir di sebuah pusat beli belah yang terletak di Bertam, Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun @AsyikinMusa, kelihatan seorang wanita sedang meninggikan suara dan menjerit kepadanya.
Wanita yang bertudung hitam itu meminta Asyikin yang sedang merakam video untuk diam dan mendengar penjelasan daripadanya terlebih dahulu selepas Asyikin mendakwa dia dipukul dan disentuh.
Namun, Asyikin tetap meneruskan kata-katanya hingga menyebabkan wanita bertudung hitam itu semakin berang dan meninggikan suara.
Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, wanita itu kemudiannya dilihat masuk ke kereta dan mengajak Asyikin serta pasangan pergi ke balai polis bagi menyelesaikan isu tersebut.
Pada masa yang sama, kelihatan dua orang rakan wanita itu meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Asyikin dan suaminya.
Manakala, suami Asyikin dilihat menegur rakan kepada wanita itu dan mendakwa dia yang mula memukul isterinya.
Jelas Asyikin, video itu dikongsikan sebagai peringatan atas kejadian yang menimpa.
“Simpan sini untuk kenang kenangan. Manusia berakal ada adab. Itu bezanya. Kau physical assault aku, kau slammed the door kat perut aku.
“And you are so lucky nothing happened, kalau lah aku keguguran atau baby aku terkesan, I will definitely see you in court,” ciapnya.
Simpan sini untuk kenang kenangan.
— petaibabe 🍉 (@AsyikinMusa) July 29, 2024
manusia berakal ada adab. itu bezanya.
Kau physical assault aku, kau slammed the door kat perut aku. And you are so lucky nothing happened, kalau lah aku keguguran atau baby aku affected, I will definitely see you in court. pic.twitter.com/nlY81aVu03
Punca Pergaduhan Salah Faham Masuk Parking
Dalam bebenang sama, Asyikin turut menjelaskan kronologi insiden dari sudutnya.
Jelas Asyikin, pergaduhan mulut itu berpunca akibat daripada salah faham berhubung isu parking.
“Cerita dari awal, salah faham untuk masuk parking. Dia dari arah bertentangan, blocked jalan dan bagi signal. We thought they wanna sembang coz it seems like it (kami ingat mereka nak sembang kerana nampak macam itu). Sorang berdiri di luar dan dia sedikit ke depan.
“Then kami masuk jela parking, tiba-tiba dia ketuk cermin belakang dengan kuat, hamun tiba-tiba. Saya tanya kenapa ketuk cermin, dia maki dan tolak bahu saya dua kali.
“Benda boleh je cakap ‘bang, ini parking saya’. Tak dak apa pun, kami boleh je keluar, biasalah salah faham. Banyak lagi parking, even bawah pun ada. But she choose to make it worse,” tulis Asyikin.
Asyikin turut menjelaskan, suaminya sudah bersedia untuk keluar daripada petak parkir namun wanita berkenan terus beredar dari situ hingga menyebabkan dua orang RELA membantu mereka untuk parkir semula.
Namun, wanita itu serta rakannya datang kembali dan memaki hamun dia dan suami.
“Then, dia tetiba patah balik,maki hamun lagi. Kali kedua saya record, dia assault sekali lagi dengan bukak pintu kuat dan kena perut saya dan dia pergi dan patah balik lagi buat kali ketiga.
“Walaupun RELA dah suruh gerak pun dia nak juga blocked, kami keluar jela,” tulisnya.
Dakwaan tersebut turut disahkan oleh seorang pengguna TikTok yang mendakwa dia merupakan seorang peniaga di sana dan saksi kejadian.
Tangkap layar pengakuannya turut dikongsikan oleh Asyikin.
Ada di tiktok pov peniaga di tempat kejadian pic.twitter.com/siwEHTkgZB
— petaibabe 🍉 (@AsyikinMusa) July 30, 2024
Laporan Polis Telah Dibuat
Jelas Asyikin, laporan polis telahpun dibuat. Menurut pihak polis, adalah menjadi satu kesalahan apabila kenderaan dari arah bertentangan masuk ke kotak parkir di seberang jalan.
Tambah Asyikin lagi, tujuannya berkongsi perkara sedemikian bukanlah untuk menunjukkan siapa salah namun dia hanya mahu menujukkan tentang pentingnya adab.
“Begitulah hendaknya, salah faham yang terjadi dan sampai ke assault. Saya tak post sini nak minta justifikasi siapa-siapa, nak cakap benda boleh selesai elok-elok dengan adab, pilih jadi biadab,” tulisnya.
— petaibabe 🍉 (@AsyikinMusa) July 30, 2024
Video Dapat Perhatian Pengguna Media Sosial
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita berkenaan.
Malah, kebanyakannya lebih memihak kepada Asyikin dan bersetuju bahawa perkara itu sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik.
Ada juga yang turut berpendapat adalah menjadi satu kesalahan jika datang dari arah bertentangan untuk masuk ke parkir.
Ini kerana tindakan itu akan menyusah dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Namun, ada juga yang mahu mendengar penjelasan daripada wanita bertudung hitam itu daripada pihaknya.
Kami juga sedang cuba mendapatkan maklumat mengenai wanita berkenaan bagi mengetahui cerita dari pihaknya.
Artikel ini akan dikemas kini sekiranya ada maklumat tambahan.
Berikut antara komen pengguna media sosial: